Tuesday, October 20, 2020

my family


matt's family

Duchess Place Kuala Lumpur
sitting back row Tuan Haji Zaid and Hjh Tg Mazahab family seniors
matt standing left


Wednesday, May 8, 2019

Uwais al-Qarni



Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah , dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.
Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.
Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.
Rasulullah  pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali KaramAllahu wajhah (k.w.): “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”Rasulullah  menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah  Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Setelah puas menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya mereka bertemu juga dengan Uwais al-Qarni.
Jika dilihat dari pandangan mata kasar orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal dan dianggap sebagai seorang yang kurang waras, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh sampai beliau dewasa.
Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Makkah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Makkah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Makkah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’ iaitu sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun harganya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan yang sedemikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin tua dan uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah pondok (rumah kecildi atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat pondok untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas ‘Tilal’. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari ‘Tilal’ tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringansekitar 50 kilogram.
Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah SWT hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah SWT menyembuhkan tompok putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Namun kerana beliau takut masih ada dosa pada dirinya, beliau berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang tompok putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Maka, Allah SWT segera memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok sebesar duit syiling di tengkuknyaTanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah  kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.
Disebut Rasulullah  kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan ditinggikan martabatnya di sisi Allah sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.
Apabila Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah , mereka berdua pun meminta supaya Uwais mendoakan supaya dosa mereka diampunkan Allah SWT.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah  kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?”
“Kufah”, jawab Uwais.
Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”
Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.
Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ

  “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.”  (Surah Al-Isra’, ayat 23) 

 .

Wallahu A’lam 

sumber, shafiqolbu


Friday, January 13, 2017

A PETAI A DAY


A PETAI A DAY KEEPS DOCTOR AWAY
Parkia speciosa (petai, sataw, sator, sadtor, sa-dtor, bitter bean, twisted cluster bean or stink bean) is a plant of the genus Parkia in the family Fabaceae. It bears long, flat edible beans with bright green seeds the size and shape of plump almonds which have a rather peculiar smell, similar to (but stronger than) that of the shiitake mushroom, characterised by some as being similar to natural gas.
The beans or other Parkia species (Parkia javanica and Parkia singalaris for example) are popular as culinary ingredient in Indonesia, Malaysia, Singapore, Laos, southern Thailand, Burma, and north eastern India, and are sold in bunches, still in the pod, or the seeds are sold in plastic bags. Pods are gathered from the wild, or from cultivated trees: they are exported in jars or cans, pickled in brine, or frozen.

Petai 
contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute wor kout. No wonder   petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.   

Depression: 
  
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier. 

PMS(premenstrual syndrome): 
  
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood. 

Anaemia: 
  
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia. 

Blood Pressure: 
  
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke. 

Brain Power : 
  
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert. 

Constipation: 
  
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives. 

Hangovers: 
  
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system. 

Heartburn: 
  
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief. 

Morning Sickness 
  : 
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness. 

Mosquito bites 
  : 
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation. 

Nerves: 
  
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system. 

Overweight: 
  
Studies at the Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report c oncluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.     

Ulcers: 
  
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach. 

Temperature control 
 : 
Many other cultures see petai as a 'cooling' fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In  Hol land, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool   temperature. 

Seasonal Affective Disorder (SAD) : 
  
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan. 

Smoking: 
  
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.   
Stress: 
  
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack. 

Strokes: 
  
According to research in 'The New England Journal of Medicine, ' eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%'. 

Warts: 
  
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape! 

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around.. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, 'A Petai a day keeps the doctor away'.   

petai tree
bunches of petai

petai seeds

fried fish with petai

fried prawn with petai

martabak petai


'Sekeping petai sehari buat Doktor Pergi'.'A Petai a day keeps the Doctor Away'   

Petai mengandungi tiga jenis gula semula jadi -sucrose, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai cepat hadham, berterusan dan rangsangan tenaga yang berkesan. Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua hidangan petai memberi tenaga yang cukup untuk workout berterusan sehingga 90 minit. Tidak hairanlah petai adalah buah terbaik untuk tenaga, terutama kepada atlit terkenal dunia. Bagaimana pun, tenaga bukanlah satu-satunya cara petai boleh membantu kita menjaga kesihatan, ia juga boleh mencegah dan merawat sebilangan besar jenis penyakit, menjadikannya satu kemestian untuk menambah kepada diet harian kita.

Kemurungan:
Menurut kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh MIND pertubuhan orang yang mengalami tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka, kembali pulih selepas makan petai. Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein badan yang menukarkan kepada serotonin, untuk membuat anda berehat, meningkatkan mood anda dan membuat anda merasa lebih bahagia.

PMS (sindrom pra-haid):
Lupakan pil-pil hospital - makan petai. Vitamin B6 yang terkandung padanya mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Tinggi dengan zat besi, petai boleh Merangsang penghasilan hemoglobin dalam darah dan sebagainya dapat membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan darah:
Buah tropikal unik ini sangat tinggi kalium garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah, sehinggakan, makanan dan Drug Administration Amerika Syarikat baru sahaja dibenarkan industri petai untuk membuat tuntutan rasmi untuk keupayaan buah bagi mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

Kuasa Minda:
200 pelajar di sebuah sekolah Twickenham (Middlesex) melalui peperiksaan mereka dibantu dengan memakan petai tahun esta pada sarapan, rehat, dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kuasa otak mereka. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa buah kalium penuh boleh membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar lebih peka.

Sembelit:
Tinggi serat, terdapat pada petai dalam diet boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal, membantu untuk mengatasi masalah ini tanpa perlu julap.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat susu kocak [milk shake] petai, susu campur madu. petai bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu hidrasi semula sistem anda.

Pedih ulu hati:
Petai kesan anti-asid semulajadi ada dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih hulu hati, cuba makan petai untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Snek pada petai di antara waktu makan untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang yang telah berjaya mengurangkan bengkak dan kerengsaan [gatal-gatal].

Saraf:
Petai adalah tinggi dengan vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

Berat badan berlebihan:
Kajian di Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja tekanan tinggi. Laporan
itu telah menjelaskan, untuk mengelak ketagihan makanan berlebihan, kita perlu menyemak kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap dua jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.

Ulser:
Petai digunakan sebagai makanan diet terhadap gangguan usus kerana ia bersifat lembut dan kelancaran. Ia adalah satu-satunya buah mentah yang boleh dimakan tanpa masalah. Juga ia meneutralkan lebih-keasidan dan dapat mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut.
Kawalan Suhu:
Petai sebagai buah 'penyejukan' yang boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, ibu mengandung mengambil petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Affective Disorder Bermusim (SAD):
Petai dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi mood penambah asli, tryptophan.

Merokok:
Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. The B6, B12, serta kalium dan magnesium yang terdapat padanya, membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Tekanan:
Potassium merupakan bahan mineral penting [vital], yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Apabila kita stres, kadar metabolisma kita naik, dengan itu mengurangkan tahap kalium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai kalium tinggi.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, 'makan petai sebagai sebahagian daripada diet biasa boleh menyelamat kepada risiko kematian oleh strok sebanyak 40%.

Ketuat:
Mereka yang berminat untuk alternatif semulajadi, ambil sekeping petai dan letakkan pada ketuat. Dengan berhati-hati memegang petai letak di tempat ada ketuat dan lekatkan dengan plaster atau pita pembedahan!

Jadi, seperti yang anda lihat, petai memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak gejala. Jika dibandingkan dengan epal, ia mempunyai empat kali protein, dua kali karbohidrat, tiga kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain. Ia kaya dengan kalium dan sekarang adalah salah satu makanan nilai terbaik senang diperolehi. Jadi mungkin, ini adalah masanya untuk mengubah frasa yang terkenal supaya kita katakan, 'sekeping petai sehari buat doktor pergi'.['A Petai a day keeps the doctor away']   

Hanya satu kelemahan pada petai baunya tidak selesa..
 

Source: UKM Medic and other Health Nets

Tuesday, August 9, 2016

Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusi

mungkin inilah penjara dalam ceritanya

Saya telah baca cerita ini berbahasa Inggeris dalam berbagai versi, ceritanya sangat menarik dan dapat ambil iktibar daripadanya. Saya terjemah dan mengolahnya semula.

Suatu petang pada tahun 1525, penjara tempat orang tahanan terasa hening mencengkam. Jenderal Adolf Roberto, ketua penjara yg terkenal bengis, tengah memeriksa setiap bilik tahanan.

Semua kaki tangan dan warga penjara membongkokkan badannya rendah² ketika 'algojo penjara' itu berlalu di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, kasut 'bot' milik tuan Roberto yg fanatik ... itu akan hinggap di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah bilik tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara² Ayat Suci yang amat ia benci.
"Hai ... hentikan suara hodoh mu! Hentikan!!!" teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil mata terbeliak.

Namun apa yang terjadi? Lelaki di bilik tersebut tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri bilik tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk 1 orang.

Dengan bongkak ia menyemburkan ludahnya ke wajah sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas di situ, ia lalu mencocoh wajah dan seluruh badan orang tua itu dengan rokoknya yang menyala.

Sungguh ajaib ... tak terdengar sedikit pun keluhan kesakitan. Bibir yg pucat kering milik orang tahanan di bungkamkannya untuk meneriakkan kata kepatuhan pada algojo, bibir keringnya hanya berkata, Allahumma Anta "Rabbi, wa-ana 'abduka."

Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai tuan ... Insyaa Allah tempatmu di Syurga."
Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil tuan oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak amarahnya.

Dia perintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu dengan kasar hingga terjerembab di lantai.
"Hai orang tua busuk!! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hodoh mu itu?! Aku tidak suka apa-apa yg berhubung dengan agamamu!!"

Orang tua itu lalu berucap, "Sungguh ... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yg amat kucintai, Allah Subhanahu wa ta'ala ...kini aku berada di puncak kebahagiaan kerana akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia bejat busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yg amat bodoh."

Baru saja kata-kata itu terhenti, kasut keras Roberto sudah hinggap di wajahnya. Lelaki itu terhuyung hayang Kemudian jatuh tersungkur di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah.

Ketika itulah dari poket baju penjaranya yg telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto baru nak memungutnya. Namun tangan orang tua itu telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat.

"Berikan buku itu, hai si bongok" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ujarnya dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Kasut bot kerasnya seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk memijak jari-jari tangan orang tua malang itu yang telah lemah, berbunyi gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto.

Lelaki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat sembahan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan orang tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yg membuatnya teringat sesuatu. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh lantas algojo itu termenung.

"Ah ... macam aku pernah mengenal buku ini. Tapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini," suara hati Roberto tertanya-tanya.
Perlahan Roberto membuka lembaran pertama buku itu.

Pemuda berumur tiga puluh lima tahunan itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Spanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping orang tua yang telah melepas nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam.
Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, ingatan masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat waktu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya...petang itu ia melihat peristiwa yg mengerikan di padang tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia.

Di mana tempat berlaku nya pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa berjatuhan di bumi Andalusia. Di ujung kiri padang beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang besi yang terpancang tinggi.Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yg dipakai berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah padang ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya kerana tidak mau memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak2 lelaki comel segak, berumur tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di padang pembantaian yang telah senyap sunyi korban kebiadaban itu telah syahid semua.

Anak comel itu mencucurkan airmatanya menatap ibunya yang terkulai lemah di tiang gantung. Perlahan-lahan anak kecil comel itu mendekati tubuh ibunya yang tidak bernyawa.

Anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi ... ummi ... mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajarku  alif, ba, ta, tha ....?  Ummi, cepat pulang ke rumah ummi ..."

Anak kecil itu akhirnya menangis teresak-esak, namun ibunya tidak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tidak tahu harus berbuat apa. Untuk pulang ke rumah pun ia tidak tahu arah.

Akhirnya anak kecil itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi ... Abi ... Abi ..."
Kemudian ia segera terhenti berteriak memanggil bapanya kerana teringat petang semalam bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berpakaian seragam.

"Hai ... siapa kamu?!" teriak segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati si anak kecil.
"Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi," jawab si anak kecil minta belas kasihan
"Hah ... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka.
"Saya Ahmad Izzah ..."  jawab anak kecil sekali lagi dengan agak cuak.
Tiba-tiba "plak! sebuah tamparan di pipi si anak kecil tadi
"Hai budak ...! Wajahmu bagus tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kuganti namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto' ... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang hodoh itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan ku bunuh!" ancam lelaki itu.

Si anak kecil ngeri ketakutan, masih tetap menitiskan air mata. Anak comel itu hanya mengikut sahaja ke mana gerombolan itu membawanya keluar dari padang pembantaian Akhirnya Anak segak itu hidup bersama mereka.

Roberto sadar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah orang tua tahanannya. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh orang tua itu.. Ia mencari-cari sesuatu pada kawasan pusat laki-laki itu. Dia menemukan 'tanda hitam' Dia berteriak sekuat kuatnya, "Abi ... Abi ... Abi ..."

Dia terus menangis meraung sekuat kuat nya tidak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu.

Fikirannya terus merewang ke masa lalunya. Dia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapaknya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Dia juga ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bagian pusat

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh orang tua tahanannya yang dah terlalu lemah dengan penuh penyesalan yang amat dalam di atas diperbuatnya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun alpa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi ... aku masih ingat alif, ba, ta, tha ..." Hanya itu yg masih terakam dalam benaknya.

Orang tua itu segera membuka mata ketika merasakan ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyiksanya habis-habisan kini tengah memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuh Abi, tunjukkan aku pada jalan itu ..." terdengar suara Roberto memelas.

Orang tua tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, ia lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika sekian puluhan tahun kemudian, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Abinya dengan susah payah masih mampu berucap, "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusi. Belajarlah engkau di negeri itu."

Setelah selesai berpesan orang tua itu menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah, "Asyhadu an-laa Ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah ...'.
Beliau pergi menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang di bumi yg fana ini.

Kemudian..
Ahmad Izzah mendalami Islam dengan bersungguh-sungguh hingga akhirnya ia menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk Islam, sebagai ganti kekafiran nya di masa muda yang sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru dunia berguru dengannya. Dialah ... "Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusi".

Wednesday, June 15, 2016

50 Tanda Orang Munafik


Orang Munafik Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah

1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.

2. Lupa Kepada Allah

3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.

4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan.

6. Meninggalkan Solat Jumaat

7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramaai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff.

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

10. Mengamalkan Riyak

11. Hasad Dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji.

14. Bakhil

15. Fitnah Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.

17. Mengumpat

18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.

19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah

20. Mempersendakan Kesucian Agama Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.
21. Enggan Berjihad

22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik

23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar

24. Menangguhkan Pembayaran Hutang

25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

26. Ghasab Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang laain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran

28. Memakan Harta Anak Yatim

29. Membuka Rahsia Orang Lain

30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai

32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam

33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain

34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.

35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar

36. Sombong Antara Sesama Manusia

37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim

38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

40. membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah

41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

42. Mengkhianat Sesuatu Amanah

43. Memutuskan Silaturrahim

44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.

45. Menghalalkan Yang Haram

46. Membuat Kerosakan Di Muka Bumi

47. Menuduh Orang Beriman
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah

49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT

50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman


wallahu'alam