Sunday, June 28, 2015
WAJAH KERABAT REMAN
Wajah-wajah Kerabat Reman, mereka ini adalah sebahagian daripada keturunan Raja Long Nik, Raja Kerajaan Reman salah sebuah negeri dalam empayar Pattani pada abad ke 17.
Kebanyakan mereka ini tinggal di merata negeri, Malaysia dan selatan Thai.
Sunnah Rasul
![]() |
| MASJID NABAWI di MADINAH |
Tujuh Amalan Sunnah Wajib Rasulullah SAW Seharian...
Amalan-amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan Baginda setiap hari.
1. Solat Sunat Tahajjud
Berapa ramai yang pernah melakukan solat sunat tahajjud? Dan berapa ramai yang istiqamah dalam melakukannya? Saya pasti ramai yang agak liat untuk melakukan solat sunat tahajjud kerana waktu pelaksanaannya yang bermula pada tengah malam... Tetapi itu tidak patut dijadikan alasan kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya... Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah meniggalkan solat sunat tahajjud walaupun banyak perkara dan 'tugasan' yang perlu dilaksanakan pada keesokan harinya...
2. Membaca Al-Quran
Bilakah kali terakhir kita semua menyentuh dan membaca Al-Quran? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Sudah ber-tahun2? Jika jawapan kita adalah selain daripada semalam, maka kita semua di dalam situasi yang amat parah dan kritikal... Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran walaupun sehari kerana banyak faedah yang kita akan dapat dengan membaca Al-Quran... Bacalah dan sampaikanlah walau sepotong ayat...
3. Berjemaah di masjid
Dalam sehari, ada 5 waktu solat yang wajib kita lakukan... Dan di dalam ke-lima2 waktu tersebut, waktu solat yang mana yang akan kita lakukan secara berjemaah di masjid? Se-baik2nya, jejakkanlah kaki anda ke masjid untuk solat berjemaah walau untuk satu waktu... Selain memperoleh pahala sebanyak 27 kali ganda daripda sembahyang bersendirian, kita juga dapat memakmurkan masjid...
4. Menjaga Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha yang sinonim sebagai solat sunat yang membuka pintu rezeki... Rugi kalau kita melepaskan peluang untuk melakukan solat sunat Dhuha... Bagi yang bekerja, cuba curi2 masa untuk melakukannya kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan... Moga2 dengan melaksanakannya rezeki akan datang men-curah2 kepada kita...
5. Bersedekah
Bagi yang sentiasa menjejakkan kaki ke masjid setiap hari, mungkin tiada masalah untuk melakukan sedekah kerana adanya tabung yang diletakkan di dalam masjid... Bagi kaum wanita yang mungkin terdapat kekangan untuk melakukan ibadat di masjid, cukup hanya dengan melemparkan senyuman kerana senyuman merupakan satu sedekah... Sabda Rasulullah SAW : "Senyum kepada saudara adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang dilakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan mereka menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah..." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Abu Dzar).
6. Sentiasa berwuduk
Di sini, sentiasa berwuduk bermaksud kita hendaklah sentiasa menjaga wuduk kita tersu menerus... Se-elok2nya cuba untuk tidak membatalkan wuduk... Ini kerana, seseorang yang menjaga wuduk akan sentiasa didoakan oleh malaikat dengan doa, "Ampuni dosa dan sayangi dia, Ya Allah...". Selain itu, apabila kita sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk, banyak perkara2 maksiat yang dapat kita hindarkan...
7. Sentiasa beristighfar pada setiap masa
Dengan beristighfar, kita se-olah2 mengingatkan diri kita untuk menjauhi perkara mungkar yang dimurkai Allah SWT... Rasulullah SAW sentiasa melafazkan 'Astaghfirullah al'adzim' pada setiap saat kerana Baginda sentiasa meminta ampun kepada Allah SWT walaupun Baginda tidak pernah melakukan perkara mungkar... Sabda Rasulullah SAW : sesiapa yang membaca:
Maksudnya : Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang hidup dan yang menguruskan makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya...
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan.
Mari kita amalkan ber-sama2 sunnah Rasulullah SAW agar
hidup kita sentiasa diberkati Allah SWT...
![]() |
| MASJID NABAWI di MADINAH |
Apa kata
malaikat tentang Selawat Rasul
SELAWAT KEATAS RASULLULLAH
S.A.W. Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa,
- Berkata Jibrail A.S.:"Wahai
Rasulullah, barang siapa yang membaca Selawat keatasmu tiap-tiap hari
sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa
dia melintasi Titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar."
- Berkata pula Mikail A.S.:
"Mereka yang berselawat keatas kamu akan aku beri mereka itu minum
dari telagamu."
- Berkata pula Israfil A.S.:
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T.
Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni
orang itu."
- Malaikat Izrail A.S pula berkata.:
"Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut roh mereka itu
dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh Para Nabi-Nabi."
- Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah
S.A.W.? Para malaikat memberi jaminan masing-masing untuk orang-orang yang
berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
- Dengan kisah yang dikemukan
ini,diharap pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
- Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang
kesayangan Allah S.W.T., rasul dan para malaikat.Insya Allah.
Sebarkanlah kelebihan ini untuk
kebaikan bersama..
wallahu'alam
Monday, June 22, 2015
Coconut Water
![]() |
| coconut water ready to drink |
10 Reasons to Drink Coconut Water
1. Anti-aging properties
2. Enhances blood circulation
3. Enhances immunity
4. Good for the heart and urinary
tract
5. Rejuvenates the brain and
muscles
6. Perfect Alkalizing agent
7. Arrests dehydration
8. Contains natural vitamins,
enzymes and amino acids
9. Low in calories
10. Digestive aid
10
khasiat air kelapa muda
1. Ada ciri-ciri anti-penuaan
2. Meningkatkan peredaran darah
3. Lebih imuniti
4. Baik untuk jantung dan saluran kencing
5. Merangsangkan otak dan otot
6. Alkalizing ejen sempurna
7. Mengatasi dehidrasi
8. Mengandungi vitamin, enzim dan asid amino
9. Rendah kalori
10. Bantu Penghadaman
2. Meningkatkan peredaran darah
3. Lebih imuniti
4. Baik untuk jantung dan saluran kencing
5. Merangsangkan otak dan otot
6. Alkalizing ejen sempurna
7. Mengatasi dehidrasi
8. Mengandungi vitamin, enzim dan asid amino
9. Rendah kalori
10. Bantu Penghadaman
![]() |
| plucking coconuts |
It is easy to get coconut water in Malaysia, side stalls, restaurants, hotels etc
Saturday, January 3, 2015
Words of Abu Bakar El Siddik
Abu Bakr, or El Siddik or Al-Siddiq, was the closest friend and companion of Muhammad and the first Muslim caliph. The quotations that follow have been attributed to him, and have become proverbial in their usage.
Abu Bakr, or El Siddik or Al-Siddiq, was the closest friend and companion of Muhammad and the first Muslim caliph. The quotations that follow have been attributed to him, and have become proverbial in their usage.
·
Death is the easiest
of all things after it, and the hardest of all things before it.
·
Do not look down upon
any Muslim, for even the most inferior believer is great in the eyes of God.
·
Every day, nay every
moment, try to do some good deed.
·
God blesses him who
helps his brother.
·
Good actions are a
guard against the blows of adversity.
·
He who builds a masjid
in the way of Allah, God will build a house for him in the paradise.
- He who indulges in falsehood
will find the paths of paradise shut to him.
- If you expect the blessings of
God, be good to His people.
- In the matter of justice, all
should be equal in your eyes.
- Intentions count in your
actions.
- Jihad is obligatory for the
Muslims.
- Maybe a thing that you do not
like is really in your interest. It is possible that a thing that you may
desire may be against your interest.
- Our abode in this world is
transitory, our life therein is but a loan, our breaths are numbered and
our indolence is manifest.
- Solitude is better than the
society of evil persons.
- Run away from greatness and
greatness will follow you.
- The true believer is rewarded
in every thing, even in affliction.
- Without
knowledge action is useless and knowledge without action is futile.
source: muslim sites
Monday, June 9, 2014
Rasulullah s.a.w kekasih Allah wafat ditangisi oleh makhluk seluruh alam. Semua umat Islam cintakan baginda. Namun apa yang selama ini telah dikisahkan kepada kita yakni kisah wafatnya Nabi dengan menyebut kalimah terakhirnya “Ummati, ummati, ummati” yang membawa maksud “Umatku, umatku, umatku” adalah tidak tepat. Baginda ada menyebutnya tetapi bukan kalimah terakhir; saya pernah mengikuti kuliah Datuk Abu Hasan Din alhfiz, Rasulullah s.a.w. menyebutnya “ummati, ummati, ummati” pada mula baginda gering beberapa kali. Kalimah terakhir baginda sebenarnya: “Allahumma Fi Al Rafiqul ‘Alaa” Mafhumnya: Ya Allah pada Teman yang Maha Tinggi.
Dalam hadis sahih Nabi s.a.w menyebut semasa hendak wafat: ALLAHUMMA FI AL-RAFIQUL-‘ALAA (Sahih al-Bukhari dll). Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam hadis-hadis bukan semasa baginda hendak wafat.
(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQUL-‘ALAA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI) - Bukhari
(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQUL-‘ALAA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI) - Bukhari
“Kepalaku!” kata Aisyah.
Baginda Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi. Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut. Baginda menyedarinya.
“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda s.a.w.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega. Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga. Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.
“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.
Aishah merajuk. Nabi s.a.w ketawa. Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.
SAKIT YANG BERTAMBAH
Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang. Kesakitan itu memuncak semasa Nabi s.a.w memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah r.a. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi menempah sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!
“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda s.a.w bertanya.
Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ‘sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri. Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.
Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah. Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.
“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah s.a.w meminta izin daripada para isterinya.
Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?
HARI-HARI TERAKHIR
Masruq meriwayatkan daripada Aisyah r.a: Tatkala Baginda s.a.w gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda s.a.w, Fatimah r.a datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah s.a.w.
“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda s.a.w dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya. Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda s.a.w membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya. Fatimah ketawa. Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah r.a bertanya, “Apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?” Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah s.a.w!”
Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda s.a.w, Aisyah r.a mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu?”
Kata Fatimah, “Sekarang, aku akan memberitahunya! Baginda s.a.w berbisik kepadaku dengan berkata: Sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan Al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!” Aku menangis…”
“Kemudian Baginda s.a.w berbisik lagi kepadaku dengan berkata: Apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!, aku ketawa”, sambung Fatimah.
Sesungguhnya Fatimah r.a benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda s.a.w. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah, Rasulullah s.a.w!
DETIK SEMAKIN HAMPIR
Pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya turun menemui Rasulullah s.a.w. dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah s.a.w. dengan lemah lembut.
Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah S.W.T.. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah s.a.w., Malaikat Maut itupun berkata:
"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah s.a.w. mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah s.a.w. pun menjawab: "Wa’alaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggalkan dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah s.a.w. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. :"Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda s.a.w. bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah s.a.w.
Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w., siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Aisyah menceritakan: Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w mendepani kematian Baginda. Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda s.a.w semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!
Tahulah kami, Baginda s.a.w telah menyempurnakan pilihannya itu. Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah s.a.w rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda s.a.w berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.
Ketika Baginda s.a.w bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakar dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda s.a.w merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda s.a.w mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh. Air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah s.a.w di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.
Di sisinya ada sebekas air. Baginda s.a.w mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!
Baginda s.a.w mengangkat jari kirinya ke langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! (Allahumma fi Rafiqul ‘Alaa)”
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah s.a.w. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka seorang rasul, yang sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana. Leher Baginda s.a.w terkulai di dada Aisyah. Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah wafat. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]
Berkata Aisyah r.a: Adalah akhir kalimah yang diucapkan oleh Nabi s.a.w ialah “Allahumma fi Rafiqul ‘Alaa” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
sumber: sirah rasul dan beberapa kuliah.
Wallahu’alam
Saturday, December 14, 2013
Bersabar Menghadapi Musibah
![]() |
| Banjir di Kemaman 2013 |
Sedia dan Bersabar Menghadapi Musibah
Kematian, kemalangan atau kegagalan, kebakaran, ribut taufan, banjir dan gempa bumi.
Semua berlaku dengan kehendak Allah Taala yang pasti ada sebab dan hikmahnya.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali. “
Surah al Baqarah 155-156
Kewajipan insaf dan bermuhasabah daripada musibah. Bertadharru’ dan kembali kepada Allah
mungkin… AMARAN Allah Taala kerana maksiat yang dilakukan bertaubat, beristighfar, baiki kehidupan. Menuju kejalan lurus.
Sifat buruk umat terdahulu:
Tidak insaf di atas musibah yang berlaku
Tidak bersyukur apabila musibah berlalu
Percaya bahawa malapetaka yang menimpa hanya fenomena/putaran alam
"Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur). Setelah (Mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana Yang kita rasakan)". lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya." Surah al ‘Araaf 94-95
Limpahan berkat dan nikmat di atas musibah yang berlaku
APABILA.. Kita insaf dan mengukuhkan keimanan serta bertakwa kepadaNya
Hendaklah mengambil sikap positif di atas ujian musibah
Azab Allah Taala ke atas sesiapa yang mendustai ketentuanNya .
“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.” Al ‘Araaf 96
Musibah perlu dianggap ujian dan amaran dari Allah Taala
Musibah yang menimpa pada hari ini, belum lagi pada tahap akhir iaitu azab siksa
Bersyukurlah kepada Allah Taala di atas kemajuan dan kemakmuran
Antara langkah untuk mempertingkatkan ketaatan kepadaNya:
· Seruan azan hendaklah dihormati dan disahut
· Masjid dan surau hendaklah diimarahkan
· Datang awal ke masjid
· Berazam untuk solat berjemaah lima waktu di masjid/musolla
· Dengar dan ambil pengajaran daripada takzirah yang disampaikan
· Hadapi musibah sebagai ujian daripada Allah Taala, BUKAN kebetulan atau putaran alam
· Anggaplah ia sebagai ingatan dan amaran, sebagai proses untuk mengembalikan kita kepada Fitrah
· Hamba yang taat dan mengimarahkan bumi dengan berpandukan syariat Allah Taala
· Tingkatkan kesabaran dan usaha dalam mengatasi musibah
Sumber: Masjid Sultan Ismail
Subscribe to:
Posts (Atom)












