Rengkasan Nasab Raja Reman
Satu perkara
biasa tentang nasab/salasilah/genealogy terdapat perbezaan di antara berbagai
versi. Saya cuba untuk mencari yang terdekat; kalau tidak tepat anggaplah ini
adalah sebagai satu panduan kepada ahli keluarga atau kerabat yang terlibat
untuk melihat atau menjejaki moyangnya.
Saya
mulakan dengan asal usulnya dari Raja-Raja Jawa:
Maharaja Srimat Varma Deva - Raja Jawa [1233]
.. |
Raja Surendra - Maharaja Suran* - Raja Jawa [1233-1253]
.. |
Raja Tilam [1253]
.. |
Raja Sakranta [1253-1257]
.. |
Sultan Mahmud Jiddah Raja Lankasuka & Kelantan [1335-1362]
.. |
Sultan Baki Shah - Raja Tanjungpura & Chermin
.. |
Puteri Selindung Bulan berkawin Sayyid Jamaluddin al Husain al Kubra**
.. |
Sayyid Ali Nurul ‘Alam - Pateh Arya Gajah Mada [Majapahit]
.. |
Sultan Abu Abdullah Umdatuddin
.. |
Wan Abul Muzaffar @ Ahmad Waliyullah
.. |
Nik Mustafa – Sultan Abdul Hamid, Raja Sarwasadesa & Champa
.. |
Andi Ali [Pakih Ali]
.. |
Wan Nik [Dato' Wan Pattani]
.. |
Raja Wan Daim Raja Champa/Raja Kelantan [1684-1692]
.. |
Long Nik – Datu Pujud/Raja Reman
.. |
1. Long Gaffar – Raja Muda Reman, berhijrah ke Kelantan

2. Long Nuh – Raja Reman
3. Long Man - Raja Legeh
4. Raja Belat [anak permaisuri II] - Raja Jambu
4. Raja Belat [anak permaisuri II] - Raja Jambu
Nasab Raja Reman juga ada pertalian
keluarga dengan Wali Songo yang terkenal di seluruh nusantara, lihat pada
cartanya di atas, klik untuk dibesarkan.
Salasilah Raja Long Nik, menurut sejarah legendanya adalah berasal dari keturunan Maharaja Suran* [Raja Jawa] yang turun ke Bukit Seguntang Maha Miru, iaitu di Pagar Ruyung, Palembang Sumatera, Indonesia.
Keturunan berikutnya berpindah ke Kota Meulaboh, Aceh dan daripadanyalah bermula salasilah raja-raja Aceh, iaitu keturunan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, raja Aceh yang masyhur itu.
Puteri Selindung Bulan adalah dari keturunan raja-raja Jawa berkahwin dengan Sayyid Jamaluddin al Husain al Kubra**, ahlulbait [lihat carta di atas].
Terima kasih T Azhan T Hamzah
Harap-harap perkongsian ini dapatlah sedikit sebanyak tahu asal usul kita kerabat di-Raja Reman yang dikasihi. Moga kita semua diberi petunjuk dan dirahmati Allah amin.

Nasab Long Nik yang
diketahui punya empat orang putera dari dua permaisuri baginda. Putera
sulong Long Gaffar diikuti Long Nuh, Long Man dan Raja Belat [anaknda
permaisuri kedua]. Secara rengkasnya baginda dikaitkan asal usulnya dari
beberapa orang ratu, datu ataupun raja, iaitu Ratu/Datu Kok Por [Ratu Kuripan],
Ratu/Datu Lai Pelai [Molai] – pemegang Bomoh Balai Perasapan, Ratu/Datu Piak
[Piyek], Ratu/Datu Raya Mengkuang, Ratu/Datu Long Nik Bendang Saring, Ratu/Datu
Long Nik [Syed Hitam Tua] yang kemudian merajai Reman. Permaisuri I Nang Cayang
melahirkan tiga orang putera, Raja Belat dilahirkan oleh Permaisuri II.
Kerajaan Reman dipercayai meliputi Legeh dan Jambu.
Long Gaffar Raja Muda Reman telah
berhijrah ke Kelantan dan tidak kembali lagi ke Reman. Baginda telah mencipta
sejarahnya tersendiri di sana dan punya ramai kerabat dari keturunannya di
seluruh negara. Tempatnya diambil alih oleh adindanya Long Nuh dan terus
mewarisi Raja Kerajaan Reman hingga ke raja terakhir Reman dari keturunannya;
punya kerabat tidak terbilang ramainya.
Sebelum itu, Negeri Reman terus
menerima ancaman dari kerajaan Siam. Salah seorang anaknda Long Nuh barnama
Tuan Lembut terpaksa berpindah ke Kelantan dan tinggal di sekitar Bukit Abal
dekat Pasir Puteh. Puteranya Wan Isa menyambung nasabnya. Seorang lagi
puteri Long Nuh Tuan Halus ikut jejak kekandanya Tuan Lembut
berhijrah ke Kelantan. Beliau tinggal di Machang, anakndanya Nik Muhamad
berkhidmat kepada Long Seri ibni Long Gaffar. Long Man telah
dilantik menjadi Raja di Legeh. Kita tidak banyak mengetahui mengenainya,
sama-sama kita usahakan mengesan ahli kerabat Long Man.
Pada tahun 1810 Tuan Mansur
dari nasab Tuan Lembut telah dilantik menjadi raja Reman sehingga tahun 1836.
Diikuti oleh Tuan Long Teh ibni Tuan Mansor 1839-1840. Tuan Kundor ibni Tuan
Long Teh 1849-1867. Tuan Timun ibni Tuan Kundor 1867-1875. Tengku Abdul Qandis
[Tuan Jagong] ibni Tuan Kundor 1875-1901. Tuan Lebeh ibni Tuan Jagong 1901-1902
Raja Reman terakhir.
Negeri Reman akhirnya dibubarkan pada
tahun 1902. Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja dinegeri
Reman. Raja terakhirnya Tuan Lebih bangkit
menentang Siam dan cuba membebaskan Reman. Akhirnya Tuan Lebeh ditangkap dan
dipenjara. Baginda dipercayai telah dibunuh semasa dalam penjara di Bangkok.
Long Mansor cucunda Long Gaffar, pada masa itu pemerintah di Machang menerima
nasib yang sama. Akhirnya, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada
Kerajaan Perak dalam Istiadat Penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di
Kroh pada 16 Julai 1909 dan mengekalkan Reman dibawah ta’alukannya. Maka
berakhirlah Raja Kerajaan Reman.
Raja Belat dilantik sebagai
Raja Jambu; Raja terakhir Jambu adalah dari nasabnya. Tengku Abdul Rahman [Raja
Jambu] ibni Tuanku Nur ibni Raja Belat. Salah seorang putera baginda Tengku
Mahmud Zuhdi ulama terkenal nusantara berhijrah ke Selangor. Beliau adalah
penasihat agama kepada Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah bergelar
Shaikhul Islam Setia di-Raja Selangor. Salah seorang puterinya Tengku Aminah
berkahwin dengan Tengku Badli Shah [Tengku Laksamana Selangor] putera Sultan
Hishamuddin Alam Shah.
Terima kasih T Azhan T Hamzah
dan sumber berikut:
·
Ybhg.
Dato’ Ir Tengku Ismail [CEO Babina] kerabat Siak/Terengganu]
·
Prof.
Madya Dr. Engku Ibrahim [bekas pensyarah Universiti Malaya] Yang DiPertua
·
Pertubuhan
Kerabat Long Gaffar Kelantan
·
Christopher
J. Buyers, Royalark, Croydon London, via email.
·
Henry Edward
Soszynski Australia, peminat tegar genealogy, via email.
·
Hasan
Aidid, Jakarta. Leluhur Alawiyyin.
Harap-harap perkongsian ini dapatlah sedikit sebanyak tahu asal usul kita kerabat di-Raja Reman yang dikasihi. Moga kita semua diberi petunjuk dan dirahmati Allah amin.
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.