Sifat-sifat
Mazmumah
1.
Syarrut ta‘am (banyak makan)
·
Iaitu
terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
·
Makan
dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah
serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada
menunaikan ibadah dan zikrullah.
·
Makan
dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada
lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
2.
Syarrul kalam (banyak bercakap)
·
Iaitu
banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
·
Banyak
berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu
membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah
merasa jemu.
3.
Ghadhab (pemarah)
·
Ia
bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau
menegah daripada kejahatan.
·
Sifat
pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu,
seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi
hak-haknya.
·
Sifat
pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan
sesuatu sebab yang benar.
4.
Hasad (dengki)
·
Iaitu
menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah
kepadanya.
·
Seseorang
yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak
ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu
perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada
Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
·
Orang
yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri
hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang
membawa kepada bencana dan kerosakan.
5.
Bakhil (kedekut)
·
Iaitu
menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut
oleh agama.
·
Nikmat
yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan
sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang
demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan
dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
·
Lebih-lebih
lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan
haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut
adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
6.
Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
·
Iaitu
kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
·
Perasaan
inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu
tidak ikhlas kerana Allah.
·
Akibat
daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan
boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat
dan kebesaran.
7.
Hubbud dunya (kasihkan dunia)
·
Ia
bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk
keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
·
Banyak
perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan
kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak
dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
·
Oleh
yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut
sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan
kepada Allah.
·
Namun
begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah
suatu kesalahan.
8.
Takabbur (sombong)
·
Iaitu
membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
·
Orang
yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya
daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
·
Sifat
takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan
juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan
tunduk kepada kebenaran.
9.
‘Ujub (bangga diri)
·
Iaitu
merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
·
Orang
yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa
dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya,
kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya
melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
·
Dengan
itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan
lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10.
Riya’ (menunjuk-nunjuk)
·
Iaitu
memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
·
Setiap
amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan
dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
·
Orang
yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang
disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
Sifat
sombong merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah
sifat batin yang sangat jahat. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada
orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada
kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.