Friday, May 14, 2010

SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

 Sifat-sifat Mazmumah

1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
·         Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
·         Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
·         Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
·         Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
·         Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah)
·         Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
·         Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
·         Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki)
·         Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
·         Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
·         Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut)
·         Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
·         Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. 
·         Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
·         Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
·         Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
·         Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
·         Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
·         Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
·         Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah. 
·         Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)
·         Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
·         Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. 
·         Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri)
·         Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
·         Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. 
·         Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
·         Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
·         Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

·         Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.

Sifat sombong merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan.





Wednesday, May 12, 2010

Health Food

I tried to work out on the following food daily except salmon [costly] which I take at times, they're really helped.

1. Berries
All berries are low in sugar and high in fiber. Blueberries have been shown to increase memory in lab studies, and raspberries and strawberries are loaded with ellagic acid, a powerful antioxidant that seems to have some anti-cancer properties, according to the American Cancer Society.

2. Beans
Beans are extremely high in fiber, which helps to control weight, prevent or manage diabetes and blood sugar, and may help prevent colon cancer and protect against heart disease. The National Institute of Medicine recommends 25-38 grams of fiber a day. The average American gets only 4-11 grams. One cup of beans provides 11-17 grams.

3. Nuts
Some of the largest and most important long-term studies of diet and health have shown that eating nuts several times a week is consistent with a risk of heart attack and heart disease that is 30%-50% lower than the general population. Just one ounce of nuts-almonds, macadamia, Brazil , walnuts, pecans-eaten three to five times a week seems to be the magic number.

4. Wild Salmon
Fish is the ultimate anti-aging food. Cold-water fatty fish like wild salmon, sardines, mackerel and herring contain omega-3 fats that protect the brain and the heart, improve mood, and lower blood pressure and triglycerides.

5. Raw Milk
Raw, organic milk nearly always comes from grass-fed cows and contains high levels of cancer-fighting CLA (conjugated linolenic acid) as well as a rich assortment of vitamins, minerals and beneficial bacteria (like Lactobacillus acidophilus)

6. Grass-Fed
Meat from grass-fed cows has a much different fat profile than ordinary supermarket meat: high in omega-3s, lower in potentially harmful omega-6s and loaded with CLA, a kind of fat known for its anti-cancer activity. A superb source of protein and vitamin B12, it's also missing the antibiotics, steroids and hormones found in the meat that comes from feedlot farms.

7. Eggs
Considered by many to be nature's most perfect food, the egg is high in protein and relatively low in calories. The yolk contains choline, one of the most important nutrients for the brain, as well as lutein and xeazanthin, two critical nutrients for eye health. Brassica Vegetables Cabbage, Brussels sprouts, broccoli and kale all contain plant compounds called indoles that help reduce the risk of cancer. In addition to a stunning range of vitamins and minerals, they also contain sulforaphane, an important plant chemical that helps the body detoxify health-damaging chemicals.

8. Apples
Not only do they keep the doctor away, they also appear to do the same for lung cancer, diabetes and asthma. An apple contains five grams of fiber and a rich blend of nutrients including the bone-building vitamin K and the anti-inflammatory nutrient quercetin. And there's no better way to control your appetite than an apple eaten about half an hour before a big meal.

9. Onions and Garlic
In an impressive number of published studies, the consumption of onions and garlic has demonstrated protective effects against stomach, prostate and esophageal cancer. Along with broccoli, tea and apples, onions and garlic are among a select group of foods found to reduce mortality from heart disease by 20%.

10. Pomegranate Juice
Called "a natural Viagra" by researchers at Tel Aviv University, pomegranate juice is loaded with antioxidants. Studies show it can reduce blood pressure and plaque in the arteries. New research indicates it also slows the progression of tumors.. Four to eight ounces a day is highly recommended.

11. Green Tea
Though all teas are great for you, green tea has a unique profile of plant chemicals that have anti-cancer activity. It's now fairly established that green tea may help prevent the following types of cancers in humans: bladder, colon, esophagus, pancreas, rectum and stomach. If that's not enough, it also appears to help with weight control.