Friday, October 29, 2010

Zina dan Status Anak

Pada hari Juma’at 29 Oktober 2010 saya sempat solat jumaat di sebuah masjid di Kuala Terengganu. Khutbahnya sangat menarik dan berkaitan dengan masalah semasa berlaku di negara kita. Saya mengumpul catatan seperti berikut untuk dikongsi bersama dan moga menjadi iktibar kepada kita semua.

ZINA DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

Kelahiran seseorang bayi memang dinantikan, khususnya oleh pasangan suami dan isteri. Anaknya adalah anugerah Allah yang tinggi nilainya. Anak-anak akan menjadi jambatan kasih di antara seorang suami dan isteri. Anak-anak adalah perhiasan hidup dan dalam masa yang sama merupakan cabaran ibubapa, bagi menguji sejauh mana keupayaan dan kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Alangkah bahagianya mereka yang mempunyai anak dan hidup dalam suasana aman dan damai, tetapi keadaan sebaliknya bagi sesetengah pasangan yang tidak mempunyai atau belum dikurniakan zuriat.

Syari’at islam menganjurkan adab yang tinggi ketika menyambut kelahiran seseorang bayi, didahului dengan bisikan azan dan iqamah pada telinga kanan dan kiri sebagai kalimah-kalimah awal yang didengari, setrusnya ditahni’, diberi nama-nama yang baik, dicukurkan rambut dan di’aqiqahkan sebagai tanda kesyukuran kepada illahi atas anugerah zuriat keturunan ini. Malangnya pada hari ini, sesetengah bayi tidak lagi ditunggu-tungu dan disambut kelahirannya dengan penuh kegembiraan, tetapi sebaik sahaja dilahirkan kedunia terus dibuang dan dibunuh tanpa belas ihsan akibat keterlanjuran sesetengah pasangan yang hanyut dilambung gelora nafsu, sehingga karam dalam penzinaan yang menghinakan.

Maka kesan dan akibat dari dosa keserakahan nafsu mereka, ditanggung oleh anak-anak yang murni jiwanya ini, yang mungkin tertanya-tanya; “wahai ibu, wahai bapa, apakah kesalahan kami?” Tidakkah mereka sedar bahawa mereka tetap berdosa dan telah meng’aibkan diri mereka disisi Allah, walaupun cuba ditutup dari pandangan manusia. Bertaubatlah kepada Allah yang maha pengampun atas kelanjuran tersebut, janganlah lipat gandakan dosa dan kemurkaan Allah subhanahu wata’ala, dengan membuang dan membunuh anak-anak yang tidak berdosa.

Perman Allah suhanahu wata’ala dalam surah Al-Isra ayat 32 dan 33:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Anak yang lahir dari hubungan yang tidak sah, menanggung status atau kedudukan sebagai ‘anak haram’, ‘anak luar nikah’ atau ‘anak tidak sah taraf’. Undang-undang syara’ telah menetapkan beberapa sebab seseorang anak itu pada status anak tidak sah taraf, di antaranya:

  1. anak yang lahir di luar nikah samada hasil zina atau rogol.
  2. anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dari tarikh perkawinan. Contohnya, zina yang membawa kelahiran anak (yang cukup sifat) tidak mencukupi tempuh enam bulan, dikira dari tarikh kelahiran bayi berbanding tarikh ‘akad nikah atau tarikh persetubuhan pertama selepas ‘akad nikah.
  3. anak yang telah disabitkan berlakunya ‘li’an’ iaitu apabila seorang suami secara bersumpah menafikan anak yang dalam kandungan isterinya itu bukan anaknya. Setelah mahkamah syari’ah mensabitkan ‘li’an’, anak itu disifatkan sebagai anak tidak sah taraf. Pasangan suami isteri itu pula hendaklah bercerai buat selama-lamanya. Mereka tidak boleh ruju’ atau berkahwin semula.

Anak yang tidak sah taraf adalah anak yang didaftarkan kelahirannya tanpa maklumat bapa. Pada tahun 2007 negeri Terengganu sahaja telah merekodkan sejumlah 531 kanak-kanak ( 277 lelaki dan 254 perempuan) dari keturunan Melayu telah didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa. Manakala pada tahun 2008, jumlah ini bertambah seramai 199 orang, menjadikan anak tidak sah taraf seramai 730 orang (389 lelaki dan 341 perempuan) atau 37.48%.

Jika diambil kira semua keturunan yang beragama islam, pada tahun 2007 terdapat seramai 576 orang kanak-kanak (298 lelaki dan 278 perempuan), pada tahun 2008 seramai 799 orang kanak-kanak (425 lelaki dan 374 perempuan) telah didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa.

Secara keseluruhannya, bagi tempuh tahun 2007 hingga 2008, terdapat pertambahan sejumlah 223 orang atau 36.72% anak tidak sah taraf di negeri Terengganu sahaja. Bayangkanlah berapa pula jumlahnya bagi seluruh negara. Dari fakta ini kaum wanita (ibu) yang mengambil tugas ‘tanggungjawab’ sepenuhnya, kaum lelaki (bapa) hilang entah kemana!!!, tiada catatan pada rekod pendaftaran. Berhati-hatilah anda yang dipanggil wanita, fikir banyak kali hatta beribu-ribu kali sebelum terlanjur.

Anak-anak yang tidak sah taraf terpaksa menanggung beberapa kesan atau implikasi dari segi hukum, psikologi dan sosial, di antaranya:

  1. Nisab: hari ini kita dapati ramai lelaki yang menyebabkan kehamilan di luar nikah berusaha untuk membinkan atau membintikan anak-anak kepada mereka dan mengaku sebagai bapa kepada anak-anak tersebut, sedangkan anak-anak itu tidak mencukupi tempuh enam bulan; adalah haram anak-anak tidak sah taraf dinisab atau dibinkan kepada lelaki yang menyebabkan kehamilan pasangannya itu. Anak-anak ini hanya layak dinisabkan pada ibunya sahaja.
  1. Pusaka: anak tidak sah taraf tidak boleh mempersakai harta suami ibunya, tetapi dia boleh mempusakai harta ibunya sahaja.
  1. Wali: sekiranya anak tidak sah taraf itu perempuan, maka dia tidak boleh diwalikan perkahwinannya oleh lelaki yang menyebabkan kelahirannya. Sekiranya anak itu lelaki, maka dia tidak boleh menjadi wali kepada saudara-saudara perempuannya yang lain. Kerana hubungannya dengan saudara-saudara perempuan itu hanya sebagai saudara seibu sahaja bukan seibu sebapa.
  1. Aurat: jika anak itu perempuan mereka dikira sebagai ‘ajinabi’ yang mempunyai batas aurat kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya.

  1. Hak penjagaan anak tidak sah taraf adalah semata-mata kepada ibunya dan saudara-mara ibunya sahaja, bukan lelaki yang mengaku sebagai bapa.

Selain kesan yang ditanggung dari segi hukum syara’, anak tidak sah taraf ini juga akan menanggung kesan emosi dan tekanan psikologi yang serius sepanjang kehidupan mereka, apabila mereka menyedari status diri mereka berdasarkan sijil kelahirannya. Bayangkanlah tekanan perasaan yang akan ditempuhi oleh anak-anak pada usia kecil ini terutama ketika menjejakkan kaki kealam persekolahan; bertambah lagi bila dewasa nanti.

Allah subhanahu wata’ala melimpahkan kerahmatan yang sangat luas bagi manusia melalui agama islam. Justeru, dibuka pintu taubat bagi yang terlanjur dan disediakan beberapa jalan penyelesaian yang boleh meringankan beban tanggungan anak-anak yang tidak berdosa ini:

  1. Berkahwinlah dengan seberapa segera, bagi membolehkan anak yang sedang dikandung, dinisabkan kepada lelaki yang menyebabkan kehamilan. Para ibubapa pula hendaklah mengenepikan adat kebiasaan dalam perkahwinan dan bersegeralah merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam atau pegawai agama daerah, yang akan membantu pasangan terlibat bagi mendapat kebenaran berkahwin dengan segera. Dengan itu pasangan terlibat tidak perlu kahwin lari atau berkahwin di luar negara melalui sindikat atau jurunikah yang tidak bertauliah yang menjanjikan bahawa tarikh ‘akad nikah dibelakangkan (backdated) bagi membolehkan bayi yang bakal dilahirkan dibin/bintikan kekapa lelaki terlibat. Ingatlah, penipuan sedemikian tidak dapat diterima dari segi hukum syara’.
  1. Berusahalah menjadikan anak/bayi itu sebagai saudara susuan. Jika tidak, anak tidak sah taraf tetap ajinabi dan tidak akan menjadi ‘muhrim’ kepadanya.

Akhirnya, marilah kita berusaha untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh mendekatkan kepada perlakuan zina seperti pergaulan tanpa batas, duduk berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang ajinabi kerana ketiganya adalah syaitan, berkhalwat dan sebagainya.

Allah berperman pada Surah An Noor ayat 2 dan 3:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman”.

Wallahu ‘alam.

Sumber: Khutbah Jumaat 29 Oktober 2010, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Tuesday, October 26, 2010

Advice from Dr Sears


Al Sears, MD
11903 Southern Blvd., Ste. 208
Royal Palm Beach, FL 33411

October 26, 2010

Dear matt,

“Back pain” isn’t always what it seems. It’s often an issue with muscles and bones that aren’t in your back at all.

Your body is filled with tendons that attach your muscles to your bones. There are also ligaments that attach bones to bones. As you age, your muscles shorten, which pull your bones out of alignment.

When muscles in your legs, hips and torso shorten, it causes undue pressure on nerves and tissues in your back, resulting in back problems.

That’s why the more thoughtful back doctors may promote stretching exercises. But the exercises that come from orthopedics’ offices often stretch the ligaments. This ends up stressing them and weakening them, which could make the problem worse.

Perhaps you’ve been to a personal trainer or physical therapist? Many advise exercises to “loosen” you up. But they don’t know that you don’t want loose joints. Tighter joints mean stronger joints. Tighter joints mean you’re less likely to suffer an injury.

The good news is you don’t have to spend hours a day doing boring stretching exercises to deal with your back pain. There are simple and correct exercises you can do to stretch your muscles and keep your bones in their proper places without weakening your tendons or joints.

One involves a muscle group called the hip flexors…

Most people don’t realize it, but between sitting at your desk, in your car, or watching television, you often spend six to eight hours a day sitting down.

But your body wasn’t designed to spend so much time sitting down. And all this sitting can put enormous pressure on your hip-flexor muscles – a major cause of low-back pain.

Stretching your hip-flexor muscles several times a week can prevent this kind of pain.

Here’s how to do this stretch:

1. Stand up straight with your right foot forward and left foot back. Keep both feel flat on floor.

2. Put your hands on your hips and keep your back and hips in straight alignment.

3. Push forward with your hips, while maintaining your erect posture. Slowly, push your hips forward only until you feel a comfortable level of tension in the front of your left hip.

4. Hold for 10 seconds.

5. Then switch sides by reversing your leg stance and repeat.

This is just one simple exercise that works for me. I’ve also seen many of my patients get rid of their lower-back pain by just doing this one exercise for a few days. But some people might need a little extra help.

If you do, my colleagues at the Healthy Back Institute have published a brand-new book that enables you to find out exactly where your pain is coming from and how to deal with it. It’s called The 7-Day Back Pain Cure.

To Your Good Health,

Al Sears, MD

terjemahan matt:

"Sakit belakang" tidak selalu apa yang anda andaikan. Ini sering merupakan masalah dengan otot dan tulang yang tidak di belakang anda sama sekali.
Tubuh anda dipenuhi dengan tendon yang melekat otot anda untuk tulang anda. Ada juga ligamen yang menempel tulang tulang. Apabila anda makin berusia, otot anda memendekkan, yang menarik tulang anda keluar dari keselarasan. Ketika otot-otot dalam, anda pinggul kaki dan dada memendekkan, hal itu menyebabkan tekanan berlebihan pada saraf dan jaringan di belakang anda, sehingga menjadi masalah sakit belakang.

Itu sebabnya para doktor kembali lebih bijaksana dapat mempromosikan latihan peregangan.Tetapi latihan yang berasal dari pejabat ortopedik 'sering meregangkan ligamen. Hal ini akhirnya menekankan mereka dan kelemahan mereka, yang boleh membuat masalah lebih buruk.

Mungkin anda sudah pernah ke pelatih peribadi atau terapis fizikal? Banyak latihan menyarankan untuk "melonggarkan" anda. Tapi mereka tidak tahu bahawa anda tidak mahu sendi longgar. Sendi-sendi ketat bererti kuat. sendi ketat bererti anda sedang kecil kemungkinan untuk menderita cedera. Kabar baiknya adalah anda tidak perlu menghabiskan berjam-jam sehari melakukan latihan peregangan membosankan untuk mengatasi sakit belakang anda. Ada latihan sederhana dan benar anda boleh lakukan untuk peregangan otot anda dan menjaga tulang anda di tempat yang tepat tanpa melemahkan tendon atau sendi.

Satu yang melibatkan kumpulan otot yang disebut fleksor hip ...Kebanyakan orang tidak menyedarinya, tetapi antara duduk di meja anda, di dalam kereta anda, atau menonton televisyen, anda sering menghabiskan enam hingga lapan jam sehari untuk duduk. Tapi tubuh anda tidak direka untuk menghabiskan begitu banyak masa duduk. Semua ini ‘duduk’ dapat memberikan tekanan besar pada otot fleksor hip - penyebab utama dari nyeri bahagian bawah belakang [ke punggung]..

Peregangan hip-otot fleksor anda beberapa kali seminggu dapat mencegah rasa sakit seperti ini.

Berikut adalah cara melakukan peregangan ini:

1. Berdiri tegak dengan kaki kanan ke depan dan kaki kiri kebelakang. Jauhkan keduanya dan mencecah datar di lantai.

2. Letakkan tangan anda pada pinggul dan menjaga punggung dan pinggul selaras lurus.

3. Tolak maju dengan pinggul anda, sambil mengekalkan postur tubuh anda tegak.Perlahan-lahan, mendorong pinggul ke depan hanya sampai anda merasa nyaman tahap ketegangan di bahagian depan pinggul kiri.

4. Tahan selama 10 saat.

5. Kemudian beralih sisi dengan membalik kedudukan kaki anda dan ulangi.

Ini hanyalah satu latihan sederhana yang saya amalkan. Saya juga melihat ramai pesakit saya menghindar dari rasa sakit mereka lebih rendah kembali dengan hanya melakukan latihan ini untuk beberapa hari. Tetapi beberapa orang mungkin memerlukan sedikit bantuan tambahan.

Jika anda melakukannya, rakan-rakan saya di Institut Kembali Sehat telah menerbitkan sebuah buku baru yang membolehkan anda untuk mencari tahu di mana rasa sakit anda yang berasal dari dan bagaimana menghadapinya. Ini disebut The 7-Day Back Pain Cure.

Demi kesihatan anda,

Al Sears, MD

Saturday, October 23, 2010

Letter from Dr. Sears

Al Sears, MD
11903 Southern Blvd., Ste. 208
Royal Palm Beach, FL 33411

October 21, 2010

Dear matt,

I’m 54 years old, and I’ve never gotten a flu shot. Here’s why.

The effectiveness of the flu vaccine is exaggerated. The strains for the vaccine are selected a year in advance. That’s important for you to know because researchers guess on what strain will prevail each flu season. They have no other way of knowing. And if they guess wrong, the vaccine is useless.

So, many people who get the flu vaccine wind up getting the flu anyway. But it’s worse than that because the flu vaccine comes with some pretty significant toxins, like:

· Thimerosal – a preservative used in multi-dose flu vaccines. It contains 49.6% mercury by weight.1 Mercury has been linked to brain injury, organ failure and muscle weakness.

· Triton X-100 – a detergent and mercury derivative

· Polysorbate 80 – a potential carcinogen

· Formaldehyde – classified as a human carcinogen by the Environmental Protection Agency

What’s more, it really isn’t good for the very young or the very old – the folks who are supposed to need it most. For example, more people than ever age 70 and older are getting flu shots.2

Meanwhile, the University of Alberta did a study in which one group of people got a flu shot, and one didn’t. More people died in the group that didn’t get the vaccine … but when researchers looked more carefully and adjusted for other factors like existing health conditions, there was no difference between the groups.3

Children as young as six months are being recommended for flu shots, too. But get this: One study presented at an American Thoracic Society conference in San Diego revealed that children who took the flu vaccine had three times the risk of being hospitalized soon after taking the shot, compared to those who didn’t. For children with asthma, the number was even higher.

But this isn’t the only side effect of the flu vaccine. It can cause everything from headache, vomiting, fever and muscle aches to encephalitis, Guillain-Barre Syndrome4 and neurological disorders.

Here are some easy ways to avoid the flu without taking a shot:

· Get a boost of Vitamin D. A study published inNature Immunology this year found that T-cells – your body’s major infection fighters – don’t mobilize against viruses without vitamin D.5Vitamin D essentially activates these cells and supercharges your immunity. So soak up at least 20 minutes of sun a day. And eat vitamin-D-rich foods like cod liver oil, eggs, milk and orange juice fortified with vitamin D, sardines, tuna, beef liver and Swiss cheese. Or you can supplement. I recommend at least 2,000 I.U.

· Eat foods rich in Vitamin C. Eat plenty of citrus fruits, broccoli, beef steak and oysters. This will help you maintain a super strong immune system. You also can take supplements. I recommend 2,000 mg daily.

· Add some immune-boosting herbs

o Garlic is one of nature’s best germ killers.

o Oregano oil and turmeric help prevent viruses and ease cold symptoms.

o Green tea contains anti-bacterial properties.

· Get plenty of rest. You need eight hours of sleep each day. By losing sleep, you rob your immune system of the energy it needs to fight infection,6 and you’ll catch more colds and flu viruses.

· Exercise. Get some each day but don’t go overboard. Too much exercise can actually stress the body and weaken your immunity. Twenty minutes a day of varied intensity exercise is all you need.

To Your Good Health,

Al Sears, MD

Friday, October 22, 2010

BAYI BUKAN UNTUK DIBUANG

Anak atau zuriat keturunan adalah anugerah Allah subhanahu wata’ala yang merupakan amanah serta kebanggaan bagi ibubapa. Justeru, menjaga kemuliaan zuriat dan keturunan adalah suatu kewajiban. Sebaliknya Allah suhanahu wata’ala mencela ibubapa yang membuang dan membunuh anak atau bayi atas alasan kemiskinan dan untuk mempertahankan maruah diri dan keluarga sepertimana yang dilakukan oleh masyarkat jahiliah yang menanam hidup-hidup anak atau bayi mereka terutama bayi-bayi perempuan.

Perman Allah subnahu wata’ala dalam surah al isra ayat 31:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar”.

Amalan jahiliah tersebut kini berulang lagi, malah lebih dahsyat. Sekiranya masyarakat jahiliah Arab menanam anak perempuan mereka kerana ingin menjaga maruah keluarga dan qabilah, namun dalam kalangan masyarakat yang berbangga dengan kemodenan dan gaya hidupnya yang maju ini, bayi ditinggalkan di merata-rata tempat, di surau, mesjid, dan perhentian bas. Bahkan lebih malang lagi, apabila bayi yang tidak berdosa dibuang dan ditemui mati di dalam sungai, longkang, tong sampah, di dalam semak dan belukar bersama najis dan kotoran. Ada yang mati dibakar dan digonggong jasad kecilnya yang tidak bernyawa itu oleh binatang. Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan betapa sedih, pilunya dan marahnya kita terhadap perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini. Kita tertanya-tanya, apakah telah terpadam kehangatan naluri keibubapaan, sehingga tiada sedetik pun rasa belas kasihan ketika mendengar tangisan bayi-bayi ini.

Ketika kita selesa menuding jari meletakkan kesalahan kepada pihak-pihak tertentu, kes-kes buang bayi menunjukan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan menjadi isu yang sentiasa mendapat perhatian di dada-dada akhbar dan media elektronik; umpamanya, pada tahun 2009, sebanyak 79 kes buang bayi direkodkan, berbanding 76 kes pada tahun 2007 di seluruh negara. Sepanjang tempuh tahun 2004 sehingga tahun 2009, sebanyak 485 kes telah dicatatkan dan sebilangan besarnya yang terlibat adalah tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 25 tahun. Menurut Persatuan Peguam Syari’i Malaysia, dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di lembah Kelang mendapati, seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini tidak hanya berlaku di bandar-bandar besar sebaliknya semakin menular di desa-desa dan luar bandar.

Gaya hidup jenerasi muda masa kini yang cenderong kearah keseronokan duniawi, telah mengheret mereka kekancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dan keseronokan dunia, ada di kalangan masyarakat yang alpa, sehingga terjebak dengan perbuatan zina dan mengandungkan anak luar nikah. Dalam segala kemudahan yang diusahakan untuk manusia bergaul sesama mereka secara halal, masih ramai yang memilih cara yang haram. Bermula dengan berkenalan di internet dan sms, bertukar mesej perihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, berpindah kepada lunjakkan ingin bertemu, bermula dengan makan minum dan ambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan zina. Namun zina bukan kesudahannya, bahkan permulaan episod serta nasib insan yang lahir hasil hubungan tersebut, samada untuk terus dibiarkan hidup, dibuang atau dibunuh dengan kejam tanpa sempat mengerti apa itu kehidupan.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.~ al Isra : 32

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 17,303 orang anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu [2009]. Menurut ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negera, Dato’ Alwi Ibrahim, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Dalam tempuh lima tahun yang lalu sahaja, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu yang beragama islam. Ini tidak terrmasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya kita mengambil kira laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008, terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa nama bapa. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 83 kes setiap hari atau satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

Zina adalah perbuatan yang keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah subhanahu wata’ala, dengan meletakkan hukum-hukum yang menjadi benteng bagi melindung runtuhnya kemuliaan manusia.

Saya berpesan kepada saya sendiri, sahabat handai, kaum muslimin terutama gulungan muda, perkukuhkanlah ‘aqidah, perjelaskanlah pandangan hidup, gaya hidup kita dan pertahankanlah nilai-nilai murni yang mendasari perbuatan kita dengan menjaga ‘aurat dan memelihara kehormatan dalam pergaulan antara jantina.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”. ~ at Tahrim : 6

Hari ini kita menyaksikan krisis dan keruntuhan akhlak yang begitu meruncing di kalangan masyarakat. Masalah pergaulan dan seks bebas, budaya keluar malam, peningkatan kes buang bayi, mat rempit, penagihan dadah, kes ragut dan pelbagai jenayah yang semakin berleluasa menyumbang kepada keruntuhan nilai masyakat terutama gulong remaja. Gejala-gejala ini berpunca daripada kecetekan kefahaman dan kerapuhan pegangan agama yang membawa kepada keterlanjuran dalam pergaulan dan seterusnya meruntuhkan asas pembinaan keluarga.

Dalam membendung keruntuhan akhlak, terutamanya kes buang bayi, semua pihak haruslah berganding bahu melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar, di antaranya:

  • . Ibubapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak bergantung kepada suasanatarbiah atau didikan dalam rumah tangga yang mereka bina. Jika dipupuk suasana keimanan dan kasih sayang, nescaya Allah suhanahu wata’ala akan mengurniakan kebahagiaan kepada kita serta keluarga di dunia dan akhirat.
  • Semua pihak haruslah memberi penekanan dalam mendidik dan menyeru ahli keluarga dan masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama, yang menekan gaya hidup murni menjadi asas penting untuk menangani masalah serius ini. Pelbagai usaha perlu dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali kukuh dan terap nilai-nilai islam dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkah laku remaja.
  • Pihak berkuasa perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung pergaulan bebas supaya tidak dianggap sebagai budaya masyarakat kita. Pihak bertanggungjawab pada semua peringkat samada kampung, daerah dan negeri seharusnya mengawal sebarang aktiviti yang membuka ruang kepada berlakunya penyakit sosial seperti pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup yang meruntuhkan keluarga seperti terlibat dengan alkohol, dadah, seks bebas dan sebagainya.

“Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah akan menyoal tiap-tiap pemimpin akan apa yang dipimpinnya. Adakah dia menjaga dengan baik, atau mensia-siakannya. Sehinggalah seorang laki-laki itu akan disoal tentang ahli rumahnya”

Adapun alasan kerana malu, takut kepada ibubapa kerana telah terlanjur, menjaga maruah keluarga, ditinggalkan kekasih begitu saja dan sebagainya tidak membolehkan seorang ibu menggugurkan kandungannya. Lebih dahsyat lagi membuang atau membunuh bayi yang telah dilahirkan, tidakkah mereka ini punya setitik belas kasihan di lubuk hati mereka sebagai ibu dan manusia.


Menurut Sayyid Qutb, terdapat pertalian yang amat erat antara larangan membunuh anak dan larangan mendekati zina kerana daripada zina lahirlah anak yang tidak diingini, lalu mereka dibunuh dan dibuang begitu saja. Malah, perbuatan berkhalwat antara seorang lelaki dan seorang wanita dianggap sebagai muqaddimah dan pintu kepada zina. Berkhalwat dan segala perbuatan yang boleh membawa seseorang kepada zina turut diharamkan dalam Islam. Asas kepada larangan ini ialah Allah amat menyayangi hamba-Nya. Justeru, Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang melarang hamba-Nya daripada terbabit dalam zina yang hanya akan membawa bahaya yang besar kepada diri dan masyarakat seluruhnya.


Sayangnya, kebanyakan ibu yang terpaksa menggugurkan janin di Malaysia khasnya adalah hasil daripada hubungan haram (zina). Jika janin itu tidak digugurkan sudah tentu bayi itu akan dibuang di tempat-tempat kotor, dibunuh dan ditanam. Ada juga diletakkan di hadapan rumah orang malah masjid tempat ibadat yang begitu suci juga pernah dijadikan sasaran tempat buangan bayi.

Biasanya wanita yang terlanjur berada dalam dilema berhadapan dengan dua pilihan, membuang bayi atau melakukan pengguguran janin. Ada yang memilih pengguguran janin. Dalam kes buang bayi ini wanitalah yang menjadi mangsa, kekasih hatinya akan meninggalkan mereka. Saya yakin mereka tahu akibatnya tetapi mereka berterusan melakukannya, tidak pernah serik; dosa, keji, jijik, bodoh, bebal, apa orang kata semuanya dipersetankan asalkan dapat seronok sampai kepuncak gila!!! Di antara wanita yang terlibat ini bukan sebarangan, lulusan pusat pengajian tinggi, dari keluarga terkenal, pelajar peringkat atasan dan paling menyedihkan dari kampung yang damai.

Ingat, perbuatan zina tidak mengenal siapa hatta kelembah pelacuran yang diakui sebagai “kerjaya tertua dunia” (world oldest profession).

Bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum kematian datang menjemput sedangkan kita masih berada dalam kegelapan dan kealpaan. Berusahalah sedaya upaya untuk keluar daripada kepompong sempit yang penuh dengan najis dan kotoran jahiliah moden, dan carilah cahaya yang dapat melenyapkan kegelapan hati nurani.


Imam al-Shafiie ada menyebut ilmu itu cahaya, dan cahaya yang dapat menyinari kegelapan ini hanyalah dengan mencari ilmu pengetahuan yang berguna. Pengguguran janin dan pembuangan bayi yang semakin membarah hari ini adalah punca daripada hilangnya rasa tanggungjawab dan rasa hormat terhadap wanita pada tahap yang sepatutnya, dan juga kesan daripada tandusnya penghayatan ilmu agama dalam masyarakat.

Wallah hu ‘alam.

Sunday, October 10, 2010

QUESTIONS ON CANCER


Alison Boyd, the Macmillan Cancer Information Nurse Specialist at the London Clinic Cancer Centre, who provides information and support to patients diagnosed with cancer and their families, answers some commonly, asked questions.


How many different types of cancer are there?

About 200, but some are rarer than others.


Does cancer hurt?

This depends on where you have it. With the majority of cancers, people do not experience pain as a first symptom. The cancer cells themselves are not painful, but when they make a tumour that presses somewhere, for example on the spine, or blocks an airway or passage, this can be painful. If the disease is advanced and has spread to the bones, then pain may be a symptom.


How does it kill you?

Cancer at an early stage does not kill you: it is only when advanced that it can become fatal. Not all cancers kill and some have survival rates of more than 90 per cent. The way cancer causes death varies according to what type it is. Some cancers kill you by interfering with your body’s vital functions. Cancer can take over an organ, such as the lung, causing it to collapse and preventing you from breathing properly. Or it may cause a blockage in the digestive system that stops your body from absorbing vital nutrients. If it reaches the liver or bones, it upsets the body’s delicate chemical balance, leading to unconsciousness and eventually death. Cancer may also make you immobile. This causes you to develop infections such as pneumonia, which the body is too weak to fight. However, the pain-control options available mean that those with cancer should not die in pain.


How many stages of cancer are there?

Most types have four stages. Generally speaking your prognosis is better the earlier the cancer is diagnosed.

· Stage One – localised cancer, it is contained where it started. .

· Stage Two – usually means that the tumour is larger than in Stage One, but can also mean that there is evidence of cancer in nearby lymph nodes. This would indicate that cancer cells have spread and therefore already entered the bloodstream, increasing the risk of cancer developing elsewhere in the body. .

· Stage Three – the cancer is larger than in Stages One or Two. There are cancer cells in the lymph nodes in the surrounding area. It may have started to invade surrounding tissues or organs. .

· Stage Four – also called secondary or metastatic cancer. It has spread and there is evidence of it in other organs in the body. You can live with Stage Four cancer but it is often a case of managing rather than curing the disease.

Is it possible to tell how long someone has had cancer?

Patients often want to know the answer to this. With skin cancer, once the lesion has been removed you can measure its depth to get an idea how long it has been growing.

With other cancers it can be hard to tell. Cancer takes many years to develop before symptoms appear.


If I have had one cancer, am I at greater risk of getting another type?

Your risk increases slightly, because of the treatment for the initial cancer. If you have received radiotherapy, especially for breast, testicular and skin cancer, it damages the healthy cells as well as killing the cancer cells, and these damaged cells may then mutate to become cancerous. But this is only a slight risk.


Do age and fitness affect your chances of surviving?

It is generally seen as positive to be young and fit as you will probably have a better immune system and be strong enough to withstand the treatment.

The fitter you are, the better equipped you will be to cope. Cancer is not more aggressive in young people and there is no pattern for who gets which grade and at what age.


Do race and skin colour have any effect on your risk?

Generally not, though some cancers are more common in people of colour. For example, prostate cancer-has a higher incidence in Afro-Caribbean men (it is not known why) and myeloma (blood cancer) is more common in the black population.


Which cancers are hereditary?

Ovarian, bowel, breast and uterine cancer have identified susceptibility genes: scientists have discovered the gene responsible for each of those cancers. It does not mean you are going to get that cancer if you have the gene, but it does put you at an increased risk. You can, if you choose, be tested to see if the gene has been passed on. Testicular, pancreatic and prostate may also run in families but have no identified gene, so cannot be tested for.


What is the difference between primary and secondary cancer?

Primary cancer is where the cancer started to grow. Secondary cancer is when some cancer cells have broken away from the primary tumour, travelled in the bloodstream (or lymph system) to another site in the body and started to grow. Secondary cancer is considered to be advanced disease and becomes more difficult to treat. You cannot usually eradicate the disease once it is in the bloodstream because it will just grow somewhere else. But doctors can manage the disease with treatment that may slow its growth or alleviate its symptoms.


Why can’t cancer be cured by organ transplants?

Transplanted organs are not used to treat cancer in organs because if the cells have already traveled to other parts of body, even if you remove the organ with the primary cancer, the cancer cells will continue to grow on the new organ, or somewhere else.

Also, you would need anti-rejection medication for the transplant to work. This would dampen the immune system that may be fighting the cancer naturally.


Can you catch cancer from someone else?

No. Cancer is caused by cell changes in a person’s body – it is an internal process; you cannot catch cells so you cannot catch cancer.


What happens if a GP suspects you have cancer?

They will refer you to a specialist for further tests according to National Institute for Health and Clinical Excellence guidelines. Most cancers are treated by surgery first, so you would initially see a surgeon, then a medical oncologist to decide if further follow-up therapy is required after surgery, such as chemotherapy, hormone therapy and biological therapy. If necessary, you may also be referred to a clinical oncologist for radiotherapy.


Can diet and exercise help beat cancer?

A good, balanced diet means that you will be healthier before you start cancer treatment. Your immune system will be in better shape to fight infection and you may heal faster. Exercise helps you feel better, gives you energy and also boosts morale. But patients should not push themselves. Keep doing what is normal for you, within the limits advised by your doctor.


I have been diagnosed with cancer. How do I tell my children?

There is no right or wrong way. Generally, the best policy is to be honest, but not harsh. It is OK to say: ‘We don’t know what’s going to happen.’ For younger children who do not understand what cancer is, we tend to talk in terms of bad cells and good cells.


Can I get a second opinion?

Yes and most specialists are happy to do a second referral. Speak to your current specialist or GP and ask for a referral to another specialist. If they are not happy, you can see someone privately or speak to a clinical nurse specialist or local cancer information support centre, such as a Macmillan Centre.


Will cancer affect my chances of conceiving?

It depends on what type of treatment is required. Some types of chemotherapy and radiotherapy can affect fertility. It is easy for men to bank sperm, but a much more complicated and longer process for women to freeze eggs or ovarian tissue. Discuss it with your specialist.


Why are some cancers inoperable?

If tumours are in an awkward position, too close to major blood vessels or organs, or if they are growing round the spine it can be too difficult to operate, or it might not be appropriate if the cancer is at an advanced stage, when the primary site is elsewhere. Blood cancers or bone marrow cancers cannot be operated on. But other treatments such as chemotherapy, radiotherapy, hormone or biological therapies may be used.


Which types have the best survival rate?

Testicular and prostate in men and breast and uterine in women, because they can be removed early.

Friday, October 1, 2010

IMAM ALI ZAINAL ABIDIN

Salam Pengenalan Kisah Imam Ali Zainal Abidin a.s

Nama : Ali.
Gelaran : Ali Zainal Abidin.
Panggilan : Abu Muhammad.
Ayah : Husain bin Ali bin Abi Thalib
Ibu : Syah Zanan.
Kelahiran : Madinah, 5 Sya’ban 38 H.
Masa Imamah : 10 Tahun.
Usia : 57 Tahun
Wafat : 25 Muharram 95 H.
Makam : Pemakaman Baqi‘, Madinah.

Pada masa pemerintahan khalifah kedua, Umar bin Khattab, kaum muslimin berhasil menaklukkan negeri Persia (Iran). Atas kemenangan ini, askar Islam membawa tawanan-tawanan perang ke Madinah Al-Munawwarah, termasuk di antara mereka Putri Yazdijard, Kisra Persia.

Tatkala kaum muslimin berkumpul di masjid, Khalifah Umar bermaksud menjual putri raja tersebut. Namun, Imam Ali a.s memberi isyarat agar ia tidak melakukan hal itu, mengingat bahwa putri-putri raja tidak boleh diperjualbelikan, sekalipun mereka itu kafir. Lalu beliau mengatakan, "Biarkan dia memilih seorang laki-laki untuk menjadi suaminya. Dan siapa saja yang dipilihnya, maka ia berhak menikah dengannya."

Putri raja itu menjatuhkan pilihannya kepada junjungan kita, Imam Husain bin Ali a.s sebagai pasangan hidupnya. Amirul Mukminin Ali a.s berwasiat kepada anaknya agar memperlakukannya dengan baik dan santun.
Beliau mengatakan, "Wahai Abu Abdillah (Husain), ketahuilah bahwa dia kelak akan melahirkan sebaik-baik penduduk dunia."

Ya, dari rahim wanita bangsawan inilah putra pertama Imam Husain yang bernama Ali itu lahir. Pernah ayahnya memanggilnya dengan nama Ibn Khairatain (anak dari dua kebaikan), karena dalam nadinya mengalir darah dua bangsa; Arab Quraisy Bani Hasyim dan Ajam Persia.

Farazdaq, seorang pujangga Arab tersohor pernah melukiskan Imam Ali Zainal Abidin a.s. Dia adalah lelaki yang tampan. Dari tubuhnya menebar bau harum segar. Pada dahinya terdapat bekas sujud. Kerananya, orang-orang mengenal beliau dengan gelar As-Sajjad (yang banyak bersujud).

Putra beliau, Imam Muhammad Al-Baqir a.s pernah bercerita, "Sesungguhnya apabila tiba musim dingin, ayahku, Ali bin Husain a.s menyedekahkan pakaiannya kepada fakir-miskin. Begitu pula jika datang musim panas, beliau melakukan hal yang sama."

Imam Ali Zainal Abidin a.s senantiasa mencuci dan memakai sebaik-baik pakaian ketika hendak melakukan salat, serta menaburkan wangi-wangian. Orang-orang seringkali menjumpainya memanjatkan doa, munajat, dan menangis. Salah seorang sahabat beliau bernama Thawus Al-Yamani menuturkan, “Aku melihat seorang laki-laki sedang melakukan solat di Masjidil Haram. Di samping Ka'bah ia berdoa sambil menangis. Kuhampiri ketika ia telah menyelesaikan solatnya. Ternyata dia adalah Ali bin Husain a.s. Aku menyapa, ‘Wahai putra Rasulullah, kulihat Anda menangis. Bukankah Anda putra Rasul Allah?!’ Beliau menjawab, ‘Meskipun aku adalah putra Rasul Allah, namun apakah dia akan menjamin keselamatanku dari azab Allah, sedangkan Allah telah berfirman, ‘Ketika itu tidak ada lagi ikatan keluarga antara mereka?

‘Sesungguhnya Allah menciptakan syurga bagi siapa saja yang berbakti kepada-Nya dan berbuat baik, sekalipun dia itu seorang hamba Habasyi (berkulit hitam), dan menciptakan neraka bagi siapa saja yang bermaksiat kepada-Nya dan berbuat buruk, sekalipun dia itu seorang tuan dari Quraisy.’”

Imam Ali Zainal Abidin a.s telah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah sebanyak 20 kali dengan berjalan kaki.

Kepada para sahabatnya beliau berwasiat supaya menunaikan amanat dan berkata, “Demi Dia yang telah mengutus Muhammad di atas kebenaran! Seandainya pembunuh Husain a.s mengamanatkan kepadaku sebilah pedang yang telah digunakannya untuk memenggal beliau, sungguh akan kuserahkan kembali kepadanya.”

Imam Ali Zainal Abidin juga mewasiatkan kepada mereka agar berusaha memenuhi keperluan orang lain. Beliau berkata, “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba yang bekerja guna memenuhi hajat manusia. Merekalah yang beriman pada Hari Kiamat. Maka, barang siapa yang membenamkan kegembiraan ke dalam hati seorang mukmin, kelak Allah SWT akan membahagiakan hatinya pada Hari Kiamat.”

Pada suatu hari, Imam Ali Zainal Abidin a.s pernah duduk bersama sebagian sahabatnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki dari keturunan ibusaudaranya. Lantas ia mencaci makinya dan melontarkan kata-kata kasar. Beliau tidak menjawab sampai lelaki itu menghentikan kata-katanya dan pergi.

Kemudian Imam berkata kepada sahabat-sahabatnya, “Kamu dengar apa yang dikatakan lelaki tadi? Saya lebih suka kamu bersamaku hingga mendengarkan jawabanku padanya.” Lalu mereka berdiri bersama Imam dan mengira bahwa Imam akan membalas dengan perbuatan yang serupa.

Imam mengetuk pintu orang tersebut. Lelaki itu pun keluar dengan penuh hati-hati dan dalam keadaan bersedia. Sementara itu, Imam berkata dengan santun, “Wahai saudaraku, sungguh telah kau katakan sesuatu padaku. Seandainya benar apa yang kau katakan, aku memohon ampunan kepada Allah. Namun, jika semua itu tidak benar, semoga Allah memberikan ampunan kepadamu."

Lelaki itu terpengaruh akan budi bahasa beliau. Seketika itu pula ia menyesali perbuatannya, dan Imam menerima permohonan maafnya.

Pada kesempatan lain, Imam Ali Zainal Abidin menjenguk Muhammad bin Usamah bin Zaid yang sedang jatuh sakit. Melihat Muhammad menangis, Imam bertanya, “Gerangan apa yang membuatmu menangis?”

Muhammad menjawab, “Aku dibebani hutang.”

“Berapa jumlah hutangmu?", tanya Imam.

"15.000 Dinar", jawab Muhammad.

Imam berkata, “Serahkan kepadaku." Lalu beliau melunasi hutang tersebut.

Di tengah malam yang sunyi, Imam Ali Zainal Abidin as keluar kota sambil memikul sejumlah wang dan makanan untuk dibagikan kepada seratus kepala keluarga fakir, sementara mereka tidak mengenali beliau.

Ketika Imam as meninggal syahid, mereka benar-benar merasakan kehilangan seorang lelaki. Barulah mereka sadar, ternyata orang yang selama ini membagi-bagikan wang dan makanan kepada mereka itu adalah Ali Zainal Abidin as.

Di Karbala, Imam Ali Zainal Abidin a.s ikut bersama ayahnya, Imam Husain a.s dalam perjalanannya dari Madinah ke Makkah dan dari Makkah ke Karbala, hingga terjadi tragedi pembunuhan yang memilukan itu di sana.

Ketika itu, beliau sedang sakit keras. Setelah menyaksikan ayahnya tinggal sendirian, Dia memaksakan dirinya bangkit dari tempat tidurnya untuk terjun ke dalam medan peperangan. Akan tetapi, Imam Husain berkata kepada adiknya Zainab, “Tahanlah dia agar keturunan keluarga Rasulullah saw tidak terputus.”

Sesungguhnya sakit yang menimpa Imam a.s pada hari-hari itu adalah hikmah Allah SWT, agar keturunan Rasulullah tetap bertrusan, dan kejahatan serta kebiadaban Yazid tersingkap.

Setelah Imam Husain a.s syahid dibunuh, tentara Ibnu Ziyad menyerang kemah-kemah dan hendak membunuh Imam Ali Zainal Abidin a.s yang ketika itu berumur 23 tahun. Akan tetapi, ibu saudarnyai, Zainab berdiri menghadang mereka dengan penuh keberanian dan berkata, “Jika kalian hendak membunuhnya, maka bunuhlah aku terlebih dahulu." Akhirnya, mereka membatalkan niat jahat itu, dan merantai tangan Imam serta membawanya ke Kufah bersama dengan tawanan lain.

Tatkala mereka berihenti rehat, Zainab dan Imam a.s serta para tawanan lainnya dengan penuh keberanian membukakan kekejaman Yazid, Ubaidillah Ibnu Ziyad, dan penghianatan warga Kufah yang hina.

Ketika rombongan tawanan itu tiba di Kufah, masyarakat berkerumun di sekitar mereka. Dalam rangka menunjukkan penentangan, Imam Ali Zainal Abidin as memilih diam sambil menperlihatkan keadaan dirinya yang dirantai, sedangkan darah mengalir dari sikunya.

Di tengah mereka beliau berpidato, “Wahai manusia! Barangsiapa mengenal aku, maka dia telah mengenal aku, dan barangsiapa yang tidak mengenalku, maka ketahuilah aku adalah Ali bin Husain bin Abi Thalib.

“Aku adalah anak yang dipijak kehormatannya, dirampas haknya, dirompak hartanya, dan ditawan keluarganya. Aku adalah anak yang ayahnya disembelih di Sungai Furat. Aku adalah anak yang ayahnya dibunuh dalam keadaan sabar, dan cukuplah itu sebagai kebanggaan.

“Wahai manusia! Bersumpahlah demi Allah. Masihkah anda ingat bagaimana anda telah melayangkan surat dan undangan kepada ayahku lantas anda sendiri mengkhianatinya. Anda telah berjanji untuk tidak mengapa-apakannya tetapi anda membunuhnya.

“Sungguh, celakalah anda karena perbuatan anda sendiri! Bagaimana anda akan berhadapan dengan datukku Rasulullah kelak tatkala beliau menanyakan kepada anda, 'Kamu bunuh keluargaku dan hancurkan kehormatanku. Sungguh kamu tidak termasuk umatku.’”

Ubaidillah Ibnu Ziyad memerintahkan agar para tawanan diseret menghadapnya. Ia ingin sekali melihat garis-garis kehinaan di raut wajah mereka. Tiba-tiba ia terperanjat. Pandangannya tertusuk tatapan-tatapan mereka yang semua malah menghinakan dirinya, padahal mereka dikelilingi oleh para bentara istana.

Ibnu Ziyad menoleh ke Imam Ali Zainal Abidin as dan berkata, “Siapa namamu?”
Imam menjawab, "Aku Ali bin Husain."

Ibnu Ziyad berkata lagi dengan bengis, "Bukankah Allah telah membinasakan Ali?”

Imam menjawab dengan tegas, “Aku pernah punya datuk bernama Ali yang telah dibunuh oleh segerombol manusia.”

Ibnu Ziyad dengan marah menyangkal, "Allahlah yang telah membunuhnya!"

Imam tanpa rasa gentar membalas, "Allah mematikan jiwa ketika tiba ajalnya, karena setiap jiwa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah."

Ibnu Ziyad semakin berang, lalu memerintahkan untuk membunuh Imam as. Pada saat itulah ibu saudaranya, Zainab bangkit dan berkata lantang, "Hai Ibnu Ziyad! Apakah kau belum puas menumpahkan darah kami? Apakah kau tidak membiarkan salah seorang hidup dari kami? Jika kau hendak membunuhnya, maka biarkanlah aku menyertainya."

Ibnu Ziyad semakin gentar tatkala Imam Ali Zaibal Abidin mengatakan, "Tidakkah kau tahu bahwa perang adalah kebiasaan kami, dan mati syahid adalah kemuliaan kami dari Allah".
Akhirnya, Ibnu Ziyad membatalkan niatnya dan mengirimkan para tawanan itu ke Syam [Syiria]

Rombongan tawanan itu tiba di negeri Syam diiringi dengan tangisan pilu menyayat hati, sementara Imam Ali Zaibal Abidin as masih dirantai besi.

Yazid bin Mu‘awiyah memerintahkan untuk menghiasai kota Damaskus sebagai tanda syukur dan puas atas terbunuhnya Imam Husain as. Dia telah menipu warga kota dengan menyebarkan berita bohong dan cerita buruk tentang anak keturunan Ali bin Abi Thalib as.
Sesampainya rombongan tawanan di Damaskus, seorang lelaki tua mendatangi Imam Ali Zainal Abidin as dan berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah membinasakanmu dan memenangkan pemimpin kami!"

Imam a.s sadar bahwa sesungguhnya lelaki tua itu tidak tahu kenyataan yang sebenarnya. Kepadanya beliau bertanya lembut, "Wahai bapak! Apakah engkau membaca Al-Qur'an?"
Lelaki tua itu menjawab, "ya."

Imam bertanya lagi, "Apakah engkau membaca firman Allah, 'Katakanlah [Muhammad], ‘Aku tidak meminta balasan dari kamu kecuali kecintaan kamu kepada keluargaku.’ Dan firman Allah, ‘Penuhilah hak keluarga (Rasul).’ Serta firman Allah, ‘Dan ketahuilah, sesungguhnya pada rampasan perang kamu terdapat seperlima hak Allah SWT, rasul-Nya, dan keluarganya?’”

"Ya", jawab lelaki tua itu, "Saya telah membaca ayat-ayat itu."
Lalu Imam as berkata, "Demi Allah, kamilah keluarga Nabi yang disebutkan dalam ayat-ayat tersebut."
Imam melanjutkan pertanyaannya, "Apakah engkau membaca firman Allah, ‘Sesungguhnya Allah ingin menghilangkan kekotoran (rijz) dari kalian hai Ahlulbait, dan menyucikan kalian sesuci-sucinya.’?”

Lelaki tua itu menjawab, "ya."

Imam berkata, "Kamilah Ahlulbait, wahai bapak."

Dengan penuh keheranan, lelaki tua bertanya, “Demi Allah, benarkah kamu Ahlulbait?”
Imam menjawab, "Ya, demi kebenaran datuk kami, Rasulullah. Kamilah yang dimaksudkan dalam ayat itu."

Lelaki tua itu akhirnya menerima perkataan Imam. Ia berkata, "Aku berlepas diri kepada Allah dari orang-orang yang telah memerangi kamu."
Ketika berita itu sampai ke telinga Yazid, segera ia memerintahkan bentaranya untuk memenggal leher lelaki tua itu.

Yazid memerintahkan agar para tawanan dihadapkan kepadanya dalam keadaan terikat. Sungguh keadaan mereka amat memilukan.

Imam Ali Zaibal Abidin a.s berkata, "Apa yang akan kau katakan, hai Yazîd, kepada Rasulullah sementara keturunannya dalam keadaan seperti ini?!"

Mendengar itu, orang yang hadir dalam ruangan menangis. Mereka tak kuasa lagi menahan air mata.

Atas perintah Yazid, salah seorang deklamator naik mimbar dan mulai mencaci-maki dua cucunda Nabi; Hasan dan Husain, dan sebaliknya memuji-muji Mu‘awiyah dan Yazid. Imam as memandangnya dan berkata dengan nada keras, "Celakalah kamu, hai pembicara. Kau telah mencari kesenangan makhluk dengan kemurkaan Allah. Maka, kau telah memilih tempatmu di neraka."

Kemudian Imam a.s berpaling ke arah Yazid dan berkata, "Apakah engkau mengizinkan aku naik ke mimbar ini? Aku akan mengutarakan sebuah ucapan yang mengandung keridhaan Allah dan menebarkan pahala kepada hadirin di sini."

Yazid menolaknya dan berkata, "Jikalau dia naik mimbar, dia tidak akan turun kecuali setelah membukakan kekejamanku serta kejahatan keluarga Abu Sufyân." Setelah didesak oleh hadirin, akhirnya Yazid mengizinkan Imam untuk berpidato.

Lalu Imam Ali Zainal Abidin as naik mimbar. Setelah memanjatkan puji syukur ke hadirat Allah SWT, beliau berkata, "Wahai manusia, kami telah diberi enam perkara dan diunggulkan dengan tujuh perkara; kami diberi ilmu pengetahuan, kesantunan, kedermawanan, kefasihan bicara, keberanian, dan kecintaan di hati-hati kaum mukmin.

"Kami telah diunggulkan kerana di antara kami terdapat Nabi yang termulia, Ali As-Shiddiq yang tepercaya, dan Ja‘far At-Thayyar yang terbang. Pada kamilah Singa Allah dan Singa Rasul-Nya. Pada kamilah penghulu segenap kaum wanita, dan pada kami pulalah dua cucu mulia umat ini.

"Wahai manusia, barangsiapa mengenalku, maka sungguh dia telah mengenalku, dan barangsiapa tidak mengenalku, akan kuperkenalkan asal-usul keturunanku."

"Aku adalah anak dari Makkah dan Mina (Nabi Ibrahim as). Aku adalah anak air sumur Zamzam dan Shafa (Nabi Ismail as). Aku adalah anak dari orang yang telah diisra’-mikrajkan dari Masjid Haram ke Masjid Aqsha. Aku adalah anak dari orang yang ditemani Malaikat Jibril ke Sidratul Muntaha (Nabi Muhammad saw). Aku adalah anak dari orang yang dekat dan didekatkan sehingga berada di antara dua sisi atau lebih dekat lagi. Aku adalah anak Muhammad Al-Musthafa. Aku adalah anak Al-Murtadha."

Mulailah Imam Ali Zainal Abidin as menyebutkan silsilah keturunannya yang suci, sampai menjelaskan tragedi pembantaian di Karbala secara rinci. Para hadirin terkejut menyimak kenyataan yang sebenarnya terjadi sehingga ruangan itu bergemuruh dengan isak tangis mereka.

Yazid khawatir akan terjadi perubahan yang merugikan dirinya. Segera dia memberi isyarat kepada muazin untuk mengumandangkan azan guna memotong pembicaraan Imam as.
Muazin mengumandangkan, "Asyhadu alla ilaha illallah."
Imam lalu berkata dengan khusyuk, "Aku bersaksi dengan darah dan dagingku."

Ketika muazin mengumandangkan, "Asyhadu anna Muhammadan Rrasulullah."
Imam a.s menoleh ke Yazid dan berkata kepadanya, "Muhammad ini, apakah datukku atau datukmu? Jika kau katakan bahwa dia adalah datukmu, maka engkau telah berdusta. Tetapi, jika kau mengakuinya sebagai datukku, lalu mengapa engkau membunuh keturunannya?"
Ternyata, dialog antara Imam Ali Zainal Abidin as dan Yazid itu menciptakan perubahan besar di tengah masyarakat. Bahkan, ada sebagian dari mereka yang meninggalkan masjid sebagai cara penentangan mereka terhadap kekejaman pemerintahan Yazid.

Lagi-lagi Yazid kuatir keadaan kota Syam akan bergejolak dan menentangnya. Secepat mungkin ia memerintahkan agar para tawanan dikembalikan ke Madinah.
Kaum muslimin menyesal atas sikap acuh mereka terhadap Imam Husain as ketika mereka melihat kezaliman dan kejahatan Yazid terus berlangsung.

Tak lama kemudian, Yazid mengirimkan pasukan untuk menyerang Madinah Al-Munawwarah. Selama tiga hari dia membolehkan setiap pengikutnya di sana melakukan pembunuhan, penjarahan, dan perampasan kehormatan wanita.

Belum puas memperlakukan Madinah dan warganya, Yazid memerintahkan pasukan untuk mengepung kota Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan lemparan batu dan membakar bagian dalamnya.

Sementara pasukan menghujani Ka’bah dengan batu, Allah membalas perbuatan biadab Yazid hingga mati secara menyedihkan. Kematian Yazid membuat kedudukan khilafah beralih kepada anaknya yang bernama Mu‘awiyah. Namun, Muawiyah sendiri menolak kedudukan itu, sebab ia menyadari betapa kezaliman yang telah dilakukan ayah dan datuknya. Ia tahu benar bahwa mereka berdua telah merampas hak kekhilafahan dari pemiliknya yang sah.

Dalam keadaan demikian, Marwan bin Hakam mengangkat dirinya sendiri sebagai khalifah, lalu warga Syam merestuinya. Sementara di Hijaz, Abdullah bin Zubair dilantik sebagai khalifah. Di sana ia senantiasa menjaga Ka’bah.

Pada tahun 73 H, anak Marwan yang bernama Abdul Malik bersama pasukan besarnya bergerak menuju Makkah dan mengepungnya. Seperti yang sudah dilakukan oleh Yazid, ia pun menghancurkan Ka’bah dengan lemparan batu dan berhasil membunuh Abdullah bin Zubair.
Dalam usaha mengabdikan pemerintahannya, tak segan-segan Abdul Malik menggunakan ancaman dan tekanan terhadap siapa saja yang menentangnya.

Ia mengangkat seorang lelaki penumpah darah sebagai gubernurnya di Basrah dan Kufah, yaitu Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi. Gubernur ini banyak membuat ladang penjagalan untuk nyawa-nyawa yang tak berdosa, serta mengisi penjara-penjara dengan kaum laki-laki hatta kaum perempuan.

Secara khusus, Abdul Malik melakukan pengawasan ketat terhadap Imam Ali Zainal Abidin a.s. Mata-mata selalu mengintai setiap gerak-gerik beliau. Sampai akhirnya, dia memerintahkan untuk menangkap Imam a.s, dan mengirimkan beliau ke pusat kekuasaannya di Syam. Selang beberapa waktu, Abdul Malik membebaskan beliau.

Abdul Malik meninggal setelah menyerahkan tahta kekhalifahannya kepada Hisyam. Pada suatu hari, Hisyam menunaikan ibadah haji dan tawaf di sekitar Ka’bah. Di sana dia bermaksud untuk mencium Hajar Aswad, namun tidak berhasil kerana banyaknya para jemaah haji yang bersesakan.

Kemudian, Hisyam duduk beristirahat sambil menunggu kesempatan, sementara warga Syam berkerumun di sekitarnya. Tiba-tiba datanglah Imam Ali Zainal Abidin a.s menebarkan bau harum semerbak, lalu tawaf di sekeliling Ka'bah. Tatkala Imam a.s sampai di hadapan Hajar Aswad, orang-orang berhenti dengan penuh hormat dan membukakan jalan untuk beliau, sehingga beliau dapat dengan mudah mencium batu hitam itu. Secepat itu, orang-orang kembali melanjutkan tawaf mereka. Ketika menyaksikan peristiwa itu, warga Syam yang tidak mengenal Imam a.s bertanya-tanya kepada Hisyam tentang siapa gerangan laki-laki tersebut. Dengan berlagak bodoh bercampur rasa kesal, ia menjawab, "Aku tidak mengenalnya."

Farazdaq, penyair yang berada di tengah mereka, tak lagi kuasa menahan rasa hormatnya. Spontan ia melantunkan bait-bait syair yang begitu indah, sebagai jawaban atas ketidaktahuan orang-orang Syam itu.

"Dialah lelaki yang dikenal Makkah tapak kakinya.
Dikenal Ka'bah, di dalam dan di luar tanah Haram.
Dialah putra sebaik-baiknya hamba di antara semua hamba Allah.
Dialah manusia yang bertakwa, tersuci, dan terkemuka.
Dialah putra Fatimah jika kau tak lagi kenal.
Datuknya adalah penutup segenap nabi Allah".

Imam Ali Zainal Abidin a.s mengirimkan hadiah kepada Farazdaq sebagai penghargaan atas sikap yang ditunjukkannya dalam bait-bait itu. Ia pun menerima hadiah tersebut dengan berharap mendapatkan berkah darinya.

Sekilas, Ash-Shahifah As-Sajjadiyyah adalah sebuah buku kecil kumpulan doa-doa. Tetapi, justru buku kecil itu telah menjadi sumber pengetahuan dan mengajarkan akhlak luhur dan budi pekerti kepada umat manusia. Di samping itu, buku itu mengandung pembahasan Falsafah, Sains, dan persoalan-persoalan Matematik, bahkan juga masalah-masalah politik.

Berikut ini adalah beberapa contoh dari doa-doa beliau yang tercatat di dalam As-Shahifah As-Sajjadiyyah:

• "Ilahi, aku sungguh berlindung kepada-Mu dari kemalasan, kekecutan, kekikiran, kekhilafan, kekerasan hati, dan keterhinaan."
• "Maha Suci Engkau yang mendengar setiap nafas ikan di dasar laut! Maha Suci Engkau yang mengetahui peredaran purnama dan mentari! Maha Suci Engkau yang mengetahui pergantian kegelapan (malam) dan cahaya (siang)! Maha Suci Engkau ... sungguh aneh orang yang mengenal-Mu, bagaimana mungkin mereka tidak takut kepada-Mu."

Selain terdapat doa-doa di dalam Ash-Shahifah As-Sajjadiyyah, Imam Ali Zainal Abidin a.s juga mempunyai doa khusus setiap hari, doa harian dalam seminggu, dan lima belas munajat, dengan irama kata dan kalimat yang indah nan syahdu. Semua itu menunjukkan budi pekerti yang agung dan ketundukkan jiwa Imam as di hadapan Allah SWT.

Imam Ali Zainal Abidin a.s mempunyai sebuah risalah yang dikenal dengan nama Risalah Huquq (Risalah Hak dan Tanggung Jawab). Risalah itu mencakup lima puluh perkara berkenaan dengan tanggung jawab manusia terhadap Tuhan, dirinya, tetangga, dan teman-teman.

Tentang hak-hak seorang guru beliau mengatakan, "Di antara hak guru yang harus kau penuhi adalah memuliakannya, menghormati kelasnya, dan menyemak pelajarannya dengan seksama .... Janganlah engkau mengeraskan suaramu di hadapannya. Sembunyikanlah segala kekurangannya dan perlihatkanlah segenap kelebihannya."

Berkenaan dengan hak-hak seorang ibu, Imam as mengingatkan, "Adapun hak ibumu, ketahuilah bahwa dia telah mengandungmu, memberimu makan dari buah hatinya (air susunya), dia lebih senang melihatmu kenyang sementara dia menahan lapar, dia memberimu pakaian sementara dia tiada, dia memberi minum sementara dia dahaga, dan menidurkanmu nyenyak di haribaannya."

Tentang hak-hak tetangga, Imam a.s menuturkan, "Di antara hak-hak tetanggamu adalah engkau menjaganya ketika ia tidak terlihat, memuliakannya ketika ia berada di sisimu, ... janganlah engkau merasa iri terhadapnya, mengingatkannya ketika tergelincir, dan memaafkan kesalahannya."

Tentang hak-hak kafir dzimmi (orang kafir yang mengikat perjanjian dengan kaum muslimin dan hidup di negara Islam), Imam Ali Zainal Abidin a.s menjelaskan, “Maka, hukum bagi kaum kafir ialah menerima dari mereka apa yang direstui Allah, dan cukuplah bagi mereka jaminan dan perjanjian yang telah Allah tetapkan untuk mereka. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda, ‘Barangsiapa yang menyalahi janji, aku akan menjadi musuhnya, maka takutlah kepada Allah dan jagalah mereka.’”

Pada 25 Muharram 95 H, Imam Ali Zainal Abidin a.s meninggal dunia sebagai syahid, tak lama setelah Hisyam bin Abdul Malik membubuhkan racun ke dalam makanan beliau. Imam a.s wafat pada usia 57 tahun dan dimakamkan di Baqi‘, di samping makam bapa saudaranya, Imam Hasan bin Ali a.s.

Mutiara Hadis Imam Ali Zainal Abidin a.s

• “Wahai anakku! Waspadalah terhadap lima macam manusia, dan janganlah kau bersahabat dan seperjalanan dengan mereka:

1. “Jauhilah bersahabat dengan pendusta, karena dia seperti fatamorgana; mendekatkan sesuatu yang jauh darimu dan menjauhkan sesuatu yang dekat denganmu.
2. “Jauhilah bersahabat dengan orang fasik, karena dia akan menjualmu dengan sesuap nasi atau selainnya.
3. “Jauhilah bersahabat dengan orang kikir/bakhil, kerana dia akan membiarkanmu ketika engkau memerlukannya.
4. “Jauhilah bersahabat dengan orang dungu (tolol), karena dia akan mencelakakanmu padahal semestinya ia ingin menolongmu.
5. “Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka memutuskan silaturahmi, karena aku mendapatinya terlaknat di dalam kitab Allah.”

Dalam pesannya kepada putranya, Imam Muhammad Al-Baqir a.s, Imam Ali Zainal Abidin a.s mengatakan, “Berbuat baiklah kepada setiap orang yang menuntut kebaikan. Jika ia adalah orang yang berhak menerima kebaikanmu, maka engkau telah melakukan hal yang semestinya. Tapi jika ia tidak berhak menerima kebaikanmu itu, maka engkau sungguh telah berhak mendapatkan kebaikan. Jika seseorang mencacimu dari sebelah kanan dan beralih ke sebelah kiri, lalu meminta maafmu, maka terimalah permintaannya.”

Imam Ali Zainal Abidin a.s adalah seorang yang sangat thawadhu’, suka merendah diri dan sangat penyabar. Beliau kuat beribadat dan suka membuat kebajikan.

Sumber: Sirah Ahlulbait