Saturday, June 23, 2012

SOLAT

Solat Berjemaah

Sesungguhnya solat merupakan satu ibadat yang tidak ternilai harganya.Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan ALLAH s.wt memasuki syurgaNya.Kita merasa puas hati dan gembira apabila seorang yg terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya. Di sini ALLAH s.w.t memberikan jaminanNYa utk kebahagiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun. Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang harus dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu kita.

Rasulullah bersabda, "Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran;harta kekayaannya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya;menyembah Tuhannya dengan penuh khusyu';hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."

Dalam hadits lain Rasulullah s.a.w diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH s.w.t."

Abu Hurairah menceritakan, "Dua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama Islam serentak. Salah seorang darinya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya. Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahwa telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam Syurga dahulu dari simati syahid itu. Ini menakjubkannya. Daku tidak ingat sama ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6 ribu rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah si syahid itu mati?"

Sesungguhnya kita tidak tahu berapa besar nilainya solat itu. Rasulullah s.a.w kerap didengar bersabda, "Sejuk pandangan mataku ialah di dalam bersolat." Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat. Demi itu apakah lagi yang lebih nilainya dari solat.
Abu Qatasah r.a meceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "ALLAH berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."

Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadiths lagi bahawa "ALLAH s.w.t telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dan sembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, ALLAH s.w.t menjamin iaitu dia akan memasuki syurga. Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya; dia mungkin diampun atau tidak."

Ibadat solat merupakan  rukun islam yang wajib diamalkan oleh setiap orang individu islam dalam kehidupan seharian. Ia nya merupakan satu perintah Allah subhanahu wata’ala yang mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan.  Solat juga mempunyai keistimewaan tersendiri, dari segi keperdhuannya; ia difardhukan secara langsung daripada Allah subhanahu wata’ala berbeza dengan amalan fardhu yang lain seperti puasa, zakat dan haji yang difardhukan melalui wahyu Ilahi. Bahkan ia adalah ‘amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah subhanahu wata’ala. 

Seterusnya solat adalah sumber kejayaan, kesucian jiwa dan kebahagian. Firman Allah dalam surah al’Ala ayat 14 dan 15: “Sesungguhnya berjayalah orang yang telah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya [dengan ta’at dan ‘amal yang soleh] dan menyebut-nyebut [dengan lidah dan hatinya] akan nama tuhannya serta mengerjakan solat [dengan khusyu’]”.

Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan umatnya bahawa solat adalah punca ketenangan sebagaimana sabda baginda, mafhumnya: “dan dijadikan penyejuk mataku [ketenteraman jiwa] dalam melaksanakan solat.”

Ibadat solat merupakan sumber penawar  yang paling mujarab bagi seseorang hamba Allah, apabila menghadapi sebarang kesulitan dan penyembuh dalam menghadapi masalah kesihatan fizikal dan mental. Solat ialah cara untuk mendapat kesihatan yang baik. Gerak badan yang tersusun serta tertib dalam solat, dapat meningkatkan daya prestasi tubuh. Jika senaman yang lain melibatkan pergerakan anggota-anggota tubuh badan, namun solat melebihi daripada itu kerana ia juga memerlukan pelakunya membacakan ayat-ayat alQuran, zikir dan doa ketika pelakunya berada pada posisi tubuh serta gerakan badan tertentu.

Ketika qiam [berdiri] perbuatan melipatkan tangan merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua-dua tangan, keadaan sebegini akan memberi kerehatan yang sepenuhnya kepada sendi siku dan pergelangan tangan serta melancarkan aliran darah. Ia juga akan menghindarkan penyakit masalah otot-otot dan sendi.

Amalan meluruskan tulang belakang ketika ruku’ dapat menghindar dan menyembuh penyakit yang menyerang ruas-ruas tulang belakang.  Keadaan semasa bersujud bukan saja menjadikan otot-otot lebih sihat dan kuat tetapi saluran-saluran darah juga akan melancarkannya [darah] ke seluruh anggota badan. Selain itu, rongga dada bertmbah besar dan paru-paru akan dapat berkembang dengan baik bagi menyedut udara bersih kedalamnya. Keadaan ini akan mengurangkan kemungkinan untuk mendapat penyakit paru-paru seperti batuk kering [TB] kerana rongga dada yang sempit dan tidak kuat boleh menyumbang penyakit tersebut.

Ketika duduk antara dua sujud, kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan kita meletakkan kedua-dua siku juga diatas peha sambil jari-jari memegang hujung bahagian lutut. Pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar dimana posisi ini dapat melancarkan edaran darah kembali ke jantung. Di samping itu, posisi ini dapat mengelakkan penyakit saraf pangkal peha.

Demikianlah beberapa contoh mengenai kebaikan solat sebagai terapi hidup yang mampu menjadi penawar bagi segala penyakit. Beberapa hikmah yang disebut tadi adalah sebahagian kecil yang terkandung dalam ibadat solat, banyak lagi hikmah lain, namun ‘akal manusia tidak mampu mengetahui semuanya.

Hikmah yang ada pada solat  begitu banyak, selain kita mematuhi perintah Allah swt, ia juga memberi memberi menafa’at  kepada jaminan kesihatan rohani dan jasmani yang lebih baik. Oleh itu kita dituntut  supaya melaksanakan solat dengan penuh khusyu’, tertib, memelihara rukun-rukun dan sunat-sunat solat. dengan demikian, solat yang dikerjakan akan menjadi sempurna dan diterima oleh Allah swt. Firmannya dalam surah al-Mukminun ayat 1 dan 2, mafhumnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya”.

Ketika mengerjakan solat kita dilarang lalai serta tidak menyempurnakan rukun-rukunnya atau solat dengan acuh tak acuh – umpama batuk di tangga. “dan mereka tidak mengerjakan solat melainkan secara malas”  surah Ataubat  ayat 54. di antara kesempurnaan dalam solat ialah menyempurnakan ruku’ dan sujud. Sabda rasulullah s.a.w.  mafhumnya: “tidak sempurna solat seseorang, sehinggalah dia meluruskan belakangnya semasa ruku’ dan sujud.”

Manakala contoh acuh tak acuh dalam solat ialah melakukan ‘amalan sujud dengan bersahaja. Sedangkan sujud adalah rukun solat yang menghendaki seseorang sujud melibatkan tujuh anggota sujud utama iaitu dahi, kedua-dua belah tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki. Jangan kita melaksanakan solat, khususnya semasa sujud dengan perlakuan yang main-main. Rasulullah s.a.w. melarang sujud seperti patukan burung gagak. - riwayat Abu Daud. solat juga hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dan khusyu’ pada setiap gerakan tidak secara gopoh-gapah dan tergesa-gesa.

Solat boleh meringankan tekanan hidup dan membantu mengatasi keadaan keluh-kesah atau dukacita. Solat juga sebagai punca penyelesaian segala masalah yang melanda orang islam. Oleh itu di samping melaksanakan solat fardhu, kita disarangkan mengerjakan solat sunat tertentu seperti solat hajat, istikharah, tahajud, sejadah, dhuha, teraweh, witir dan lain-lain. “dan mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu’.” Surah al-Baqarah ayat 45. 

Demikianlah seruan Allah swt kepada kita, agar kita mencari pertolonganNya dengan bersolat. Justeru, solat merupakan terapi atau penawar yang amat mujarab; dengan izin Allah, mampu mengubat segala  penyakit, insya’Allah. Seterusnya solat berupaya menyelesaikan segala kesusahan yang menimpa umat islam kerana ianya mendekatkan diri seseorang dengan Allah swt.  Dengan solat seseorang itu sentiasa mengingati Allah swt.  Berzikir melalui solat dapat jaminan ketenteraman jiwa. “dan dirikanlah kamu akan solat dan kelluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu bersama orang-orang yang rukuk.” Surah a Taubat ayat 45.

wallahu'alam.