Sunday, September 5, 2010

SOLAT

Solat adalah suatu ibadat yang terdiri dari perkataan-perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam disertai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Definisi semacam ini telah disepakati oleh para ulama ahli Fiqih di mana mereka mengatakan :

“Solat adalah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir, dan disudahi dengan salam yang dengannya itu kita dianggap beribadat (kepada Allah) dengan syarat-syarat yang telah ditentukan”

Kedudukan dan hikmah solat

Solat di dalam agama Islam menempati kedudukan yang tidak dapat ditandingi lagi oleh ibadat/amalan apapun. Tiada sesuatu perintah ibadat lain yang lebih ditonjolkan oleh Al Qur’an melebihi perintah solat. Di dalam Al Qur’an terdapat beberapa kata yang menyatakan fardhunya solat dengan menggunakan berbgai macam gaya bahasa. Kadangkala dengan memuji orang yang mengerjakan solat dan mencela orang yang meninggalkannya, kadangkala menceritakan keadaan orang yang tidak mengerjakan solat iaitu bahawasanya mereka berada di dalam neraka, kadakala merupakan suatu berita bahawa orang yang mengerjakannya akan beruntung, kadangkala menerangkan hikmahnya iaitu bahawa solat dapat mencegah perbuatan keji; dan sebagainya. Sebagai contohnya dikutipkan beberapa ayat Al Qur’an yang berhubung dengan solat dengan menggunakan berbagai gaya bahasa:

“Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wustho” ~Al Baqarah : 238

“Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu” ~Thoha : 14

“dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabar
kamu dalam mengerjakannya” ~Thoha : 132

“Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan” ~Maryam : 59

“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (Neraka)?” Mereka menjawab : “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat” ~Al Muddatsir : 42-43

“Dan dirikanlah olehmu akan solat dan berikanlah olehmu zakat dan ruku’lah berserta orang-orang yang ruku’” ~Al Baqarah ; 43

“Dan dirikanlah olehmu solat, Kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” ~Al ‘Angkabut : 45

“Kemudian apabila kamu telah merasa aman maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” ~An Nisa : 103

“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mengerjakannya bererti ia menegakkan agama, dan barangsiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya) bererti ia meruntuhkan agama” ~Hadis Nabi

Dan pada hadis yang lain disebutkan :
“Pokok urusan ialah Islam, sedangkan tiangnya adalah solat, dan puncak keseluruhannya adalah berjuang di jalan Allah”

Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa solat adalah tiang agama Islam maka solat itu dijadikan suatu batas yang memisahkan antara Islam dan kafir, sebagaimana sabda Nabi :
“Janji yang (mengikat) antara kami (kaum muslimin) dan antara mereka (kafirin) adalah solat. Maka barangsiapa yang meninggalkannya ia benar-benar telah kafir”

Solat adalah merupakan penghubung antara hamba dengan Khaliqnya. Ia merupakan sebesar-besar tanda iman dan seagung-agung syiar agama. Ia merupakan tanda pernyataan syukur atas kasih atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada hambaNya. Ia adalah merupakan senyata-nyata ibadat yang membuktikan keIslaman seseorang.

Kerana itulah Allah membesarkan nilainya dan membesarkan pula urusannya. Ia adalah sebesar-besar dan semulia-mulia ibadat. Ia adalah ibadat yang sangat mendekatkan hamba kepada khaliqnya. Hal ini berdasarkan hadis nabi yang bererti :

Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah di kala hamba itu bersujud (di dalam solat). Maka berbanyak-banyaklah berdoa di dalam sujud itu”
Solat yang dilaksanakan dengan sempurna dan penuh kekusyukan itu dapat mencegah perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar sebagaimana Allah telah berfirman yang ertinya :

“Sesunggunya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” Oleh kerananya dapat diambil kesimpulan bahawa orang yang melaksanakan solat tetapi masih melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan masih saja melakukan kemungkaran maka yang demikian itu menandakan bahawa solatnya belum/tidak sempurna. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda :

“Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka ia akan bertambah jauh dari Allah”
Amal perbuatan seseorang itu ditentukan oleh solatnya. Maka dari itu janganlah kita mengerjakan solat semaunya saja tanpa mengindahkan syarat dan rukunnya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

Solat adalah perbuatan mula pertma dihisab bagi seorang hamba. Apabila solatnya baik maka baiklah semua perbuatannya; dan apabila solatnya buruk maka buruklah semua perbuatannya”.

Solat lima kali sehari semalam dan solat Juma’at pada hari Juma’at itu dapat menghapus dosa-dosa orang yang melaksanakannya, selama dosa-dosa besar seperti membunuh orang, berzina itu dijauhinya. Hal ini berdasarkan hadis nabi yang bererti :

“Solat yang lima dan Juma’at yang satu sampai Juma’at yang lain adalah menjadi kafarat terhadap apa (dosa) yang dilaksanakannya di antara semuanya itu selama dosa-dosa besar tidak dilakukannya”

Dan baginda pernah bersabda :

“Apakah kamu sekelian melihat, seandainya pada pintu salah seorang di antara kamu sekalian ada sungai yang mana ia mandi daripadanya lima kali setiap hari, apakah masih ada sesuatu kotoran pada orang tersebut? Para sahabat menjawab : Tidak sedikitpuin terdapat kotoran padanya. Baginda bersabda : yang demikian itu adalah perumpamaan solat yang lima (solat fardhu) di mana Allah menghapuskan dosa-dosa genan solat-solat itu”.

Di dalam satu hadis disebutkan pula bahawa apabila seseorang selalu memelihara solatnya maka ia akan dimuliakan dengan lima kemuliaan iaitu :

1. Dihilangkan kesempitan penghidupan daripadanya
2. Dihilangkan siksa kubur daripadanya
3. Diberikan surat amalan kepadanya nanti di hari mahsyar dari sebelah kanan
4. Diberikan kesanggupan untuk melewati/melintasi jembatan (sirathal mustaqim)
dengan kecepatan kilat
5. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Hukum dan ancaman bagi orang yang meninggalkan solat

Solat adalah suatu ibadat yang mula pertama diwajibkan oleh llah dan mulai difardhukan pada malam Isra’ dan Mi’raj di mana Allah langsung memerintahkan kepada RasulNya tanpa perantaraan siapapun Kerana mengingat pentingnya solat itu dan Kerana tingginya solat itu menurut Allah.

Solat adalah merupakan tiang agama dan merupakan suatu pekerjaan yang menentukan apakah seseorang itu Islam atau kafir, Jadi, orang yang meniggalkan solat ia adalah kafir, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. “

Antara seorang Islam dan antara kekufuran adalah meninggalkan solat”

Dan telah berkata pula Muhammada bin Nashr al Mirwazi :

Sahlah berita nabi s.a.w. bahawasanya orang yang meninggalkan solat adalah kafir. Begitu pula pendapat ahli-ahli ilmu semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w. bahawa orang yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa uzur sehingga habis waktunya ia adalah kafir”.

Begitu juga telah berkata Abdullah bin Syaqif Al ‘Ukeili :

Tiada suatu amalanpun yang dipandang oleh para sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang apabila amalan itu ditinggalkan dapat menjadikan kafir kecuali solat”

Dengan demikian jelaslah bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan mereka boleh dibunuh. Banyak hadis yang menyatakan bolehnya dibunuh orang yang meninggalkan solat, di antaranya hadis yang diterima oleh Ibnu ‘Abbas .a. di mana Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ikatan Islam dan undang-undang agama itu ada tiga, dan di atas tiga itulah didirikan Islam. Barangsiapa yang meninggalkan salah satu di antara ketiganya maka benar-benar kafir dan halal darahnya (boleh dibunuh). Tiga hal itu adalah : Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, solat fardhu dan puasa bulan Ramadhan”

Selanjutnya orang yang meninggalkan solat itu diancam oleh Allah akan dimasukkan ke dalam neraka yang mana neraka adalah tempat segala siksaan. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al Muddatsir ayat 42 dan 43 yang ertinya :

“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar(Neraka)?” Mereka menjawab : “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat”.

Dan di dalam hadis dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang ancaman Allah yang ditimpakan kepada orang-orang yang meninggalkan solat iaitu sebagai berikut :

1. Di kala mereka hidup di dunia :

a. Dihilangkan keberkatan dari hidupnya.
b. Dihilangkan tanda kesolehan dari wajahnya.
c. Tidak berpahala amal-amal perbuatannya.
d. Doanya tidak diangkat ke langit.
e. Tidak memperoleh bahagian di dalam doanya orang-orang yang soleh.

2. Di kala mereka menghembuskan nafas terakhgir dan saat-saat sesudahnya :

a. Mati dengan penuh kehinaan.
b. Mati dalam keadaan lapar.
c. Mati dalam keadaan haus.
d. Dihimpit kubur dari sebelah kiri dan kanan.
e. Dinyalakan api Neraka di dalam kubur mereka.

f. Didatangkan kepada mereka masing-masing seekor ular yang bernama “Asy
Syuja’ul Aqra’”, untuk menyiksa mereka di mana ia berkata : “Aku diperintah oleh
Allah s.w.t. untuk memukul engkau, kerana engkau mensia-siakan solat Subuh
sehingga terbit matahari, Kerana engkau mensia-siakan solat Zohor sehingga
Asar, Kerana engkau mensia-siakan Asar sehingga dating Maghrib, Kerana
engkau mensia-siakan solat Maghrin sehingga ‘Isya’ dan kerana engkau mensia-
siakan solat ‘Isya’ sehingga fajar”. Ular yang bernama Asy Syuja’ul Aqra’ itu
terus menerus menyiksa mereka sampai hari Mahsyar pergi. Menderita kesengsaraan di
kala hisab pada hari Mahsyar.

h. Mendapat kemurkaan Allah.

i. Dimasukkan ke dalam neraka.

Pada suatu riwayat yang lain diterangkan bahawa nanti pada hari kiamat wajah orang-orang yang tidak mengerjakan solat ditulis dengan tiga perkataan iaitu :

1. Hai orang yang mensia-siakan hak Allah.
2. Hai orang yang ditimpakan kebencian Allah kepadanya
3. Sebagimana engkau telah mensia-sia hak Allah di dunia maka berputus-asalah engkau
pada hari ini dari rahmat Allah.

Demikian ancaman Allah terhadap hamba-hambaNya yang melalaikan kewajiban utamanya yakni solat lima kali sehari semalam. Oleh Kerana itu hendaklah masalah solat ini mendapat perhatian yang serius, jangan sampai kita kaum muslimin meninggalkannya bila masa saja dan di mana saja agar kita selamat dari azab Allah yang sangat pedih.


ihsan: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.