Friday, August 23, 2013

Dunia


The more we focus on the dunya, the more our matters become scattered. The more we run after the dunya, the more it runs away from us. The more we chase wealth, ironically, the more poverty we feel. If money is the focus, you will find that no matter how much money you have, you will always fear losing it. This preoccupation is poverty itself. That is why the Prophet says about such people that poverty is always in front of their eyes. That is all they see. No matter how much they have, there is no contentment, only greed for more and fear of loss. But, for the ones who focus on Allah, the dunya comes to them, and Allah puts contentment in their hearts. Even if they have less, they feel rich, and are more willing to give from that wealth. 



Lebih banyak kita memberi tumpuan kepada dunia, lebih banyak perkara-perkara kita menjadi bertaburan. makin banyak kita kejar  dunia, semakin ia melarikan diri dari kita. Makin banyak kita mengejar kebendaan, ironinya,  semakin kita merasa tidak mencukupi. Jika wang jadi keutamaan, kita akan merasa takut dan risau kehilangannya. Keasyikan ini adalah kemiskinan itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah berkata tentang orang-orang seperti  ini, bahawa kemiskinan adalah sentiasa di hadapan mata mereka. Itu sahaja yang mereka lihat. Tidak kira berapa banyak yang mereka ada, tidak ada kepuasan, hanya tamak untuk lebih takut kehilangan. Tetapi, bagi orang-orang yang memberi tumpuan kepada Allah, dunia datang kepada mereka, dan Allah memberikan kepuasan dalam hati mereka. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, mereka merasa kaya, dan lebih bersedia untuk memberi daripada kekayaan itu.

TANDA-TANDA QIAMAT


1. Penaklukan Baitulmuqaddis 
2. Negara Arab (kembali) menjadi padang rumput dan sungai 
3. Zina bermaharajalela, 
4. Ramai wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
5. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
6. Akan terdapat ramai anak luar nikah. 
7. Pemimpin yang terdiri dari orang yang keji, jahil dan fasik, 
8. Orang (yang bodoh dan) hina mendapat kedudukan terhormat
9. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
10. Penguasa undang-undang semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan 
11.  Penjualan jawatan atau kepemimpinan
12.  Munculnya gayahidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
13.  Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
14. Bermaharajalela alat muzik
15. Menghias masjid (dengan indah) dan membanggakannya
16. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
17. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
18. Ramai orang soleh meninggal dunia
19. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
20. Orang akan membina hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
21. Bulan sabit kelihatan besar
22. Banyak dusta, tidak tepat dalam menyampaikan berita, 
23. Sifat bohong menjadi satu kebiasaan 
24. Saksi palsu
25. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat
26. Berkurangnya sifat amanah
27. Orang akan melakukan hubungan sejenis.
28. Terasa berat untuk menjalankan syariah 
29. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
30. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
31. Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
32. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
33. Isteri membantu suamiya berdagang (atau berpangkat lebih besar)
34. Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
35. Memandang rendah kepada darah (pertumpahan darah)
36. Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan 
37. Banyaknya berlaku gempa bumi
38. Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
39. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
40. Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
41. Masjid dijadikan jalan (laluan) - iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat (atau dijadikan Muziumuntuk lawatan pelancong).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.