Monday, November 30, 2009

'Eidiladha Kerabat LG

Perjumpaan kerabat Long Gaffar dan korban telah diadakan di Pantai Air Tawar Besut Terengganu pada hari Ahad 29 November 2009 bersamaan dengan 12 Zulhijah 1430. Bertujuan untuk mengiratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli. Sambutannya sangat menggalakan dan kali ini dibuat secara suasana kampung. Ada di antara ahli keluarga tidak bersua berpuluh tahun dan ada pula semenjak dilahirkan. Kemesraan jelas kelihatan pada majlis ini.

Jawatankuasa Kerabat:

Yang DiPertua : YM Prof. Madya (B) Dr. Engku Ibrahim Ismail
Timbalan Yang Dipertua : YM Mejor (B) T. Mohd.Apandi
Naib Yang Dipertua : YM Raja Othman
Setiausaha : YM Tengku Aziz
Bendahari : Pn. Fadhilah bt Hussin
serta semua Ahli Jawatankuasa merakam setinggi terima kasih kepada kerabat di Besut:

1. Keluarga Tuan Fatimah [Pekerti]
2. Keluarga Tuan Daud
3. Keluarga Tuan Ali
yang telah berusaha untuk menjayakan majlis ini dan kepada semua yang hadhir.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Pahimi ADUN Kota Putera, Besut.

Di antara aktiviti keluarga:

1. Peraduan melukis dan mewarna kanak-kanak 5-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun.
2. Hadiah murid cemerlang UPSR
3. Cenderahati ibu & bapa tunggal
4 Sumbangan warga emas
5. Cabutan bertuah

SEMOGA KITA JUMPA LAGI PADA TAHUN DEPAN INSYA' ALLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.